Wednesday, August 28, 2013

Bersantai di Gunung Jerai



Gunung Jerai(juga dikenali sebagai Puncak Kedah)merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman,Malaysia,di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan.Tingginya setinggi 2,107 meter.Info lanjut di sini....

Percutian kami ini  bukan dirancang,asalnya kami ke Ladang Anggur yang terletak di Sik,berhampiran dengan Tasik Beris.Kami bertolak dari rumah- Sungai Bayor,Selama,Perak dan sampai ke destinasi, Ladang anggur 2 jam kemudian.Memang teruja betul kami anak beranak ketika berada di ladang anggur .....selalunya hanya dapat tengok buahnya saja,kali ini,kami dapat tengok sendiri pokoknya..dari aras tanah hinggalah ke dahan-dahannya serta buah2nya.

Kebetulan kami berada di Negeri Kedah nie,alang2percutian kami diteruskan ke Taman Rekreasi Gunung Jerai.Biasanya,kalau kami tak search dulu kat google,en hubby akan tanya dgn sedara,anak buah ...tentang apa yang menarik di situ.....(tempat2 peranginan,rekreasi ataupun tempat mandi-manda dan air terjun)..apa yang pasti percutian kami dipenuhi dengan perkara yang berfaedah,bukan hanya buang masa dan minyak saja di jalanan ....


Lepas memasuki Gurun,kami melalui daerah Kuala Muda dan terus ke Yan.Di simpang traffic light ke Yan ,kami ambil simpang ke kanan dan teruskan perjalanan.....akhirnya kami sampai jugak ke Taman Rekreasi Gunung Jerai,walaupun terbabas ke depan sikit....nasib baiklah terpandang signboard kat tepi jalan tu...kami berpatah balik dan sampai jugak ke destinasi.....

Yang kami sampai tu hanyalah kaki Gunung Jerai,belum sampai lagi ke puncaknya.Dibawah tu ada jugak kereta @van2 yang boleh disewa untuk mendaki puncak Gunung Jerai.Untuk mendaki ke puncak adalah dalam 12km...pemanduan selama 30minit....

Tapi kami tak sewa pun kereta@van,kami mendaki dengan kereta kami sendiri.Jalannya agak sempit dan banyak selekoh-selekoh lipat,setiap kali ada selekoh lipat akan di letakkan cermin besar untuk memudahkan kita agar dapat melihat kenderaan yang naik atau turun.Ini adalah salah satu langkah-langkah keselamatan untuk kita berhati-hati ketika mendaki atau menuruni gunung itu.

Ada juga terdapat papan tanda supaya membunyikan hon ketika  mendaki atau menuruni,ini kerana membolehkan kita mengetahui sama ada kereta@van berada di setiap selekoh atau tidak.




Di pertengahan jalan,kami berhenti sekejap di muzium perhutanan,turun dari kereta dan ambil angin sekejap.....



Kami meneruskan lagi perjalanan,akhirnya selepas 30 minit,sampailah kami ke puncaknya.....Sungguh menakjubkan pemandangan dia atas sana.


Sekarang kami dah berada di atas Gunung Jerai,iaitu puncaknya....Paras ketinggiannya adalah 986m dari aras laut.Dari puncak,kami dapat melihat pemandangan di bawah sana...kami hanya nampak kawasan bendang saja...dan awan2....


Kami datang sehelai sepinggang saja.Tapi bila kami dah sampai ke puncaknya,en hubby kata tak mahu turun pulak dah.Kami nie dahlah tiada baju persalinan,malah makanan sedikit pun kami tak bawa.......nasib baik pampers anak ingat,itupun bawa 1 keping jer....

Kami memang  dah faham,bila datang @pergi ke suatu tempat yang dia suka,dia akan ajak kami bermalam di situ...En hubby try tanya kat hotel di situ,yang ada hanyalah The Regency Jerai Hill Resort.....alhamdullilah nasib baik ada 1 bilik,tanpa banyak fikir dia pun terus tempah...semalam hanya RM258 utk bilik deluxe.Kami dapat bilik no 511.


Kunci bilik kami...



Ada 3 katil besar,memang cukup untuk kami 8 orang ,selesa dan berhadapan pula dengan kolam renang....memang best!!lagi2 anak2 yang suka mandi manda ....
Sepetang yang dingin dengan angin sepoi-sepoi,kami anak beranak bersantai di kaki-kaki gunung,sambil melihat keindahan alam ciptaanNya....







Ini adalah antara gambar-gambar percutian kami di Gunung Jerai....jom ,kita layan dulu gambar-gambar kami...........



















Dah berjela-jela entry percutian kami ini,takut boring pulak orang yang nak membacanya nanti....oklah,sambung lain entry pulak.....

Teruskan membaca lain entry>>











Friday, August 23, 2013

Ladang Anggur


 Assalamualaikum.....
Bersua kembali di arena blogging...masih meneruskan lagi mengupdate blog2 yg dh lama bercuti....tapi hari nie tuan badan dh kena start keje malam.....

Tahun nie kami mendahulukan rumah saya dulu coz thn lepas dh turn Perak,so kali nie kena ke Segamat,Johor.Tahun nie jugak mak x masak banyak2,cuma masak laksa peneng aje.....tai kuih2 memang banyak,semua mak buat sendiri..ada kerepek pisang,kerepek ubi,kuih siput,biskut mazola,muruku,biskut sarang semut....rempeyek,apa lagi yerk?...ermmm cukuplah tu...
Tapi bila masing2 dh balik,kenalah angkut 1 balang 1 jenis kuih.....memang mak buat pun utk anak2nya jugak...

 Kami balik Johor sat je ..hari rabu 7/8 ,raya ke2 9/8,dah nak ke Bangi pulak,tidur semalam..soknya baru gerak ke Perak.Alhamdullilah highway pun belum jem lagi,sedikit sebanyak dapat melancarkan perjalanan kami utk sampai ke destinasi.

Balik ke Selama,Perak,mengambil masa 5 jam....akhirnya kami sampai lebih kurang pukul 4.00pm.Esoknya kami meneruskan perjalanan ke Ladang Anggur di Tasik Beris,Sik,Kedah.memang hajat kami ,kalau balik ke Perak nak jalan2 ke sana.
2 jam perjalanan dari rumah,akhirnya sampai juga kami ke Ladang Anggur lebih kurang 120km/j.



"Anggur yg nie masih muda lagi", kata budak yg jaga satu2 kawasan ladang anggur tu....



Lepas puas tangkap2 gambar,jln2 pusing2 dlm ladang tu,kami pun kuar.....cari2 angin kat luar....panas sungguh kat dlm tu!....
Time nie tak banyak buah anggur,....
"2 bulan lagi baru musimnya", kata seorg lg penjaga ladang.....


Monday, July 8, 2013

MANFAAT PELUKAN

Assalamualaikum.....
Saya tertarik dengan artikel yang terkandung di dalam Suratkhabar sisipan dalam Berita Harian,Selasa 2 Julai 2013.Dan saya nak share untuk tatapan umum,mungkin ada yang tak terbaca atau ada yang tak beli suratkhabar.

Disediakan oleh:Hidayah Mohammad

10 SEBAB MANUSIA MEMERLUKAN SEKURANG-KURANGNYA LAPAN PELUKAN SEHARI

  1. Memupuk sentuhan dengan pelukan dapat membina kepercayaan dan sifat amanah serta membangkitkan rasa selamat.Ia membantu kita lebih bersifat terbuka serta jujur dalam berkomunikasi.
  2. Memeluk boleh meningkatkan tahap oksitosin serta merta yang mampu menyembuhkan rasa sunyi,keseorangan dan mampu mengurangkan rasa kemarahan.
  3. Bertahan lama dalam pelukan mampu melanjutkan sistem serotonin seseorang dengan mengukir suasana lebih bahagia dan meningkatkan rasa bahagia bersama seseorang.
  4. Memeluk dapat mengukuhkan sistem imunisasi.Tekanan lembut pada tulang dada dan penjanaan emosi boleh mendorong Solar Chakra Plexus lebih aktif.Ia dapat merangsang kelenjar timus yang mengatur dan mengimbangkan pengeluaran sel darah putih dalam badan yang menyihatkan tubuh malah ia boleh membatu bebas dari peyakit.
  5. Dakapan dapat meningkatkan harga dan keyakinan diri.Bermula sejak kelahiran,sentuhan ahli keluarga menunjukkan bahawa kita amat disayangi dan terasa istimewa.Sensasi pelukan yang dibangkitkan sejak kecil dapat ditanam dalam sistem saraf orang dewasa di samping dapat mengekalkan tahap sel dalam badan.Ia menghubungkan anak beranak terhadap kebolehan untuk mencintai diri.
  6. Dakapan dapat meringankan otot.Melepaskan tekanan pada badan di samping pelukan dapat menghilangkan kesakitan,melegakan sakit dengan meningkatkan peredaran darah bertambah ke dalam tisu lembut.
  7. Pelukan dalam menyeimbangkan sistem saraf.Gerak balas kulit galvanik seseorang yang menerima dan memberi pelukan menunjukkan perubahan dalam aliran kulit.Kesan kelembapan dan bekalan elektrik dalam kulit menggalakkan keseimbangan dalam sistem saraf yang dipanggil parasimpatetik.
  8. Memeluk mengajar kita bagaimana memberi dan menerima.Ada nilai sepadan dalam menerima dan lebih terbuka untuk bermesra sebagai memberi dan berkongsi.Memeluk mendidik kita bagaimana pelukan dapat mengalirkan rasa cinta.
  9. Memeluk adalah seperti meditasi dan ketawa.Pelukan mengajar menghargai waktu ketika itu selain menggalakkan kita untuk membangkitkan tenaga hidup.Pelukan dapat meluaskan cara kita berfikif yang menghubungkan kita dengan jantung,perasaan dan pernafasan kita.
  10. Memeluk membantu menukar tenaga dan ia adalah satu bentuk pelaburan dalam perhubungan .Ia menggalakkan empati dan pemakanan.Ia juga sinergi yang bermaksud keseluruhan lebih menguntungkan kedua-dua pihak.


Jalan-jalan Floria Putrajaya 2013

Assalamualaikum...
Entry yang mengambil masa yang lama untuk dipublishkan...huhuhu..
Hrmmmm,dah lama beno blog nie sunyi,sunyi dari entry2 terkini......ikutkan banyak benda nak citer,cuma tak rajin nak menulis entry yang panjang2....kali  nak luangkan sikit masa  utk mengupdate entry blog SDR nie.....
Hari ahad,23 Jun 2013,jam 9.30pagi,saya ,anak2 dan 2 org adik gilah jalan2 ke Festival Floria Putrajaya 2013.Tahun2 sebelumnya saya dan anak2 akan pergi dgn en hubby.Tapi kali nie saya pergi berasingan kereta .En hubyy dh gi awal,coz nak tangkap gambar katanya.Dia gi dgn kawannya.

Bila dah bawa kereta asing nie,senanglah sikit,nak balik lambat pun x kisah......puaslah jugak berjalan,tgk2 lanskap,taman2 bunga,...Keadaan cuaca masa tu diselubungi jerebu,ramai jugak pengunjung yg pakai mask,tapi kami anak beranak,sorang pun x de yg pakai mask.....

Anak-anak ,wyda & saya.

Anak-anak,Ely & saya.









Ada banyak lagi gambar2 yg nk diuploadkan,In Sya Allah,tgk kelapangan yg ada,nanti akan diupdatekan sikit2....

Wednesday, July 3, 2013

Arnab peliharaan

Assalamualaikum...
Entry hari ini adalah tentang arnab peliharaan anak saya,Azwa.Asalnya ada 2 ekor saja arnab kat kampung.Itupun hasil dari pemberian jiran selang sebuah rumah dari rumah emak saya.

Jiran tu bagi pun sebab cucunya yang suka main dengan arnab.Bila dah main-main dengan arnab,mulalah kena alahan daripada bulunya.Mula-mula batuk,selsema...lama kelamaan diserang asthma pulak.
Disebabkan bulu arnab inilah cucunya asyik sakit saja dan ada kalanya terpaksa ditahan di wad.

Kebetulan mak di kampung sunyi,memang eloklah kalau bela arnab,bolehlah jugak main-main dengan arnab ,belai2 bulunya....kadang2 tu tgk je pun dah rasa happy.


Daripada sepasang,sekarang nie dah lebih dari 20 ekor termasuk anak-anaknya.Arnab nie,kalau beranak bukan sekor yang keluar,malah seekor arnab betina boleh mengeluarkan 7 hingga 8 ekor  dalam satu-satu masa.Sejurus saja arnab betina beranak,anak-anaknya harus dipisahkan tempat tinggalnya.Takut dikhuatiri,ibunya akan memakan anaknya sendiri,disakiti oleh ibunya dengan memijak anak2nya atau menindih anaknya dengan badannya.

Hanya akan disatukan bila masa untuk menyusu,itupun kena pegang tangan dan kaki ibu arnab.Baringkan mengiring si ibu arnab,kaki dan tangannya kena pegang dengan kuat supaya kakinya  tidak menolak-nolak semasa anak-anaknya menyusu.Letakkan anak-anaknya ditengah-tengah badan si ibu supaya anak-anaknya dapat menghidu dan mencari sendiri puting susu si ibu.


Apabila si anak tadi sudah kenyang,si anak tadi akan melepaskan sendiri puting susu ibunya dan si anak akan ketiduran akibat kekenyangan.Bila tengok gelagat anak arnab nie menyusu adakalanya tergelak dibuatnya..Masing-masing berebut nak mencari puting dan ada jugak anaknya yang bertolakkan sesama sendiri.Kalau saiz badan yang kecil,agak mengalah sedikit memandangkan si anak yang badan bersaiz besar tidak mahu mengalah.






Comel kan anak-anak arnab nie,nak jer peluk cium,tido bersama,main guling2,lompat2.....cubit2....eeeeee geramnyal!!!!!....


Anak saya nie,pantang kalau nampak anak2 arnab,mau di picit2nya,dicekik lehernya pun ada.Itupun suruh dia letak bawah kejap,nak tangkap gambar.Habis tangkap dipegangnya semula dan ditekan2 badannya.Budak pun boleh geram tengok anak arnab ini,inikan pula saya....hahahah.....

Anak yang dari ibu yang sama dengan anak arnab ini ada 5 ekor.3 daripadanya anak saya bawa ke Bangi.Dia nak bela katanya,sunyi...kalau ada arnab kan boleh main-main kejaran.Makanan arnab pun hanya tahan 3@4 hari jer dalam 1kg.Nasib baik harga 1 kg hanya RM1.70.




Tapi yang sedihnya,2 daripada 3 ekor anak arnab itu sudah mati.Mungkin disebabkan faktor cuaca..Dalam bulan Februari 2013 tu cuaca memang panas terik.Dan keadaan kandangnya yang sempit menyukarkan arnab itu untuk mencari kawasan teduhan dari cahaya matahari.Akibat daripada kepanasan yang melampau itu,2 ekor arnab mati.Yang seekor tu hidup kerana dapat tempat teduhan yang redup.



Dua ekor arnab yang mati itu,saya tanam di tepi kawasan padang.Buat satu lubang,masukkan 2 ekor sekali dalam lubang  dan timbus dengan tanah yang banyak.Tanam pun dekat -dekat nak malam,takut orang nampak.Kang orang salah tafsir pulak!.dikatanya aku tanam bayi .....haaa,kan dah susah,  isu panjang pulak jadinya!!!....


Anak-anak arnab yang dekat kampung tu semuanya dah besar-besar dah.Ada yang emak jual dan ada jugak yang disembelih dan dimakan.Kebetulan masa awal bulan Jun tu,mak buat kenduri yassin dan tahlil mak ambil 8 ekor arnab yang besar-besar,hantar kedai dan sembelih kat kedai.Semuanya upah orang kedai buat,sembelih,buang bulu dan potong kecil-kecil.Bila dah siap,terus orang kedai itu hantar ke rumah.


Masa nak masak daging arnab nie agak liat sikit,daging tua agaknya.Daging arnab ini mak masak rendang.Rasa dagingnya macam rasa ayam,kakinya badannya pun lebih kurang macam ayam jugak.Teringin nak mencuba makan,tapi tak termakan pun.Mungkin kesibukan memanjang di dapur dengan pinggan mangkuk.

Indahnya duniaku

Suka duka kehidupan,tempat yang jatuh lagi dikenang inikan pula memori terindah dan kenangan manis,semanis wajah anak-anak yang menyinari setiap detik kehidupanku....:)