Tuesday, January 28, 2014

Risiko Postdate(Lebih hari)

Postdate atau dalam percakapan harian kita"lebih hari" adalah keadaan di mana ibu yang hamil masih juga belum bersalin.Ia menimbulkan beberapa kontroversi sama ada hendak paksa ibu itu bersalin atau tidak,risiko paksa bersalin dan risiko postdate itu sendiri.

Postdate ialah apabila jangka masa kehamilan itu melebihi 280 hari dari tarikh terakhir datang haid.Tarikh dijangkakan bersalin yang doktor berikan dikira dari tarikh hari pertama haid yang terakhir yang dialami oleh ibu.

Oleh itu amatlah penting ibu menandakan setiap blan bilakah tarikh hari pertama dia mengalami haid setiap bulan.Perkiraan ini adalah tepat jika mereka mengalami pusingan haid yang teratur setiap bulan iaitu setiap 28 hari.Jika ibu mempunyai pusingan haid yang panjang dan tidak teratur maka perkiraan menggunakan kaedah ini tidak boleh digunakan untuk menentu.

Tarikh dijangkakan bersalin dikira dengan menambah 7 hari pada tarikh hari pertama datang haid yang terakhir sebelum kehamilan dan ditambah 9 bulan pada bulannya pula.Jika ibu mempunyai haid yang tidak teratur perkiraan ini tidak boleh digunakan,sebaliknya doktor akan melihat kepada ujian ultrasound yang dilakukan dan saiz rahim semasa menjalani pemeriksaan antenatal yang berkala itu.

Kebiasaan jika lebih hari doktor boleh tunggu sehingga 14 hari atau 2 minggu iaitu cukup 294 hari tempoh  kehamilan.Ini didiistilahkan postterm.Doktor akan menasihatkan ibu bersalin biasanya apabila mencapai 10 hari lebih dari tarikh dijangkakan bersalin.

Insiden  postdate ini adalah sekitar 3 hingga 12 peratus kehamilan.Kajian didapati apabila perkiraan tarikh dijangkakan bersalin menggunakan ultrasound maka insiden postdate adalah sekitar 3 hingga 6 peratus .hanya 1 hingga 4 peratus kehamilan tempohnya melebihi 43 minggu.

Terdapat beberapa ciri pada bayi yang dilahirkan lebih dari tarikh dijangkakan iaitu pertamanya kulitnya berkedut ,mengelupas dan nipis.Keduanya mungkin terdapat anak sudah hendak lemas iaitu bayi sudah berak di dalam kandungan iaitu terdapat meconium dalam air ketuban dan akhir sekali meconium sudak melekat pada kulit dan kuku bayi.Insiden meconium dalam air ketuban adalah 25 peratus jika ibu-ibu hamil ini telah postdate.

INFO BERKAITAN KEHAMILAN

  • Wanita yang mengambil kafein walaupun hanya secawan kopi setiap pagi berisiko tinggi melahirkan anak yang kurang berat badan.Selain kopi,teh,kola coklat dan ubat-ubatan mengandungi kafein juga dikatakan boleh memperlahankan pertumbuhan janin dalam kandungan.
  • Makanan yang mengandungi asid lemak trans yang biasanya banyak didapati di dalam makanan berproses(biasanya ditulis sebagai partially hydrogenated oil) boleh mengakibatkan keguguran.
  • Buah delima dikatakan berkhasiat dan menjadi simbol kesuburan dan keturunan ramai.
  • Wanita hamil yang makan kekacang atau produk berkaitan kekacang seperti mentega kacang setiap hari semasa hamil berisiko anak dalam kandungan mengidapi asma.


SUMBER:SERI DEWI & KELUARGA ,September 2009.

Thursday, December 12, 2013

Bina Sahsiah anak di musim cuti

Artikel yang sangat bermanfaat untuk kita sebagai ibu bapa baca....jadi saya entrykan di sini untuk dikongsi bersama......tambahan pula cuti sekolah pun dah bermula,eloklah rancang cuti sekolah anak-anak supaya masa tidak terbuang begitu saja.....

Sumber:Majalah NUR Dis 2010.
Ini adalah masa untuk mereka berehat sebelum masuk ke sesi persekolahan baru pada tahun akan datang.Seringkali mereka merancang dan mengatur aktiviti sendiri dan pasti ianya yang meyeronokkan dan dipenuhi dengan permainan.

Playstation,permainan komputer,menonton tv dan melakukan aktiviti bersama kawan-kawan berada dalam senarai teratas aktiviti harian mereka.Tidak dinafikan semua anak-anak akan berbuat demikian ,namun sebagai ibu bapa kita seharusnya kerlibat sama merancang percutian itu agar ia diisi dengan perkara-perkara bermanfaat.

Kita harus ingat,masa adalah satu ciptaa Allah yang amat berharga.Ia adalah satu hadiah yang dianugerahkan kepada semua makhluk,dan anugerah ini berterusan sehingga hari kiamat.Ia seperti air yang mengalir.Jika tidak dibendung,Jika tidak diceduk,jika tidak diambil,ia akan berlalu dan terus meninggalkan kita buat selamanya.

Sebagai orang yang lebih matang dan mempunyai lebih banyak pengalaman daripada anak-anak sudah tentu kitalah yang bertanggungjawab memandu anak-anak ke arah yang lebih baik.

Bagaimana anak-anak kita menghabiskan cuti panjang ini,akan memberi kesan sedikit sebanyak kepada kejayaan mereka seterusnya di medan persekolahan,ia juga membantu mereka menghadapi alam remaja dan dewasa kelak,dan membina mereka menjadi insan yang cemerlang.

MEMBINA SAHSIAH DAN PERIBADI
Kita tidak boleh biarkan anak-anak menghabiskan masa cuti sekolah mereka dengan bermain saban hari.Atau kita biarkan mereka mencari keseronokkan bersama kawan-kawan mereka sahaja.Kita juga tidak boleh menganggap bahawa pendidikan anak-anak kita berhenti atau berehat sebentar pada bulan-bulan cuti sekolah.Persepsi sedemikian akan mengundang bencana dan membawa kerugian jangka panjang.

Percutian hujung tahun adalah waktu yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak yang bersekolah.Cuti panjang hampir 2 bulan adalah waktu untuk mereka berseronok dan melupakan sebentar urusan persekolahan dan peperiksaan.

Sebaliknya,kita perlu lihat masa cuti sekolah ini sebagai masa yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

5 Cara ingatkan anak-anak:-
1.Masa perlu diisikan dengan program-program dan aktiviti-aktiviti yang dapat membina sahsiah dan keperibadian yang lebih baik dalam diri anak-anak.Cara ini kita dapat merapatkan lagi perhubungan kekeluargaan antara kita dan anak-anak.

2.Cuti sekolah ini perlu dilihat dari dua perspektif.Pertama,untuk memberi peluang kepada anak-anak berehat sebentar dan menikmati aktiviti yang mereka gemari,sebelum memulakan sesi persekolahan yang baru.

3.Perspektif kedua ialah untuk kita mengisi masa anak-anak  dengan pendidikan dan pembangunan diri yang tidak dibekalkan di sekolah mereka.Kita perlu imbangi antara kedua-dua ini.Anak-anak tidak boleh diberikan terlalu banyak masa untuk berhibur dan bermain pada masa cuti ini kerana ini akhirnya akan memberikan satu isyarat kepada mereka bahawa memanfaatkan masa lapang bukan satu perkara yang penting.

4.Nasihatkan dan sentiasa mengingatkan kepada anak-anak bahawa masa itu satu komoditi,satu anugerah Allah yang sangat berharga ia tidak akan berulang dan tidak boleh dijual beli.Ini sangat ditekankan dalam Islam .

 Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara:muda sebelum tua,sihat sebelum sakit,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit,hidup sebelum mati"(Hadis sahih riwayat Hakim).

Hadis ini perlu sentiasa kita ingat dan perlu kita tanamkan dalam diri anak-anak kita,agar apabila mereka besar kelak,sifat menghargai masa dan tidak mensia-siakan sudah menjadi sebati dalam diri mereka.Pentingnya hadis ini sehingga dijadikan sebuah nasyid oleh sebuah kumpulan nasyid yang terkenal,agar ia dihafal dan sentiasa diingati oleh anak-anak kita.

5.Ceritakan sirah nabi kepada anak-anak di mana Rasulullah s.a.w memperingatkan kita agar merebut waktu muda kerana ia adalah zaman pembinaan mental dan rohani.Ia adalah zaman menimba ilmu pengetahuan dan pembangunan akhlak yang dituntut oleh Islam sebagai bekalan untuk sepanjang hayat kanak-kanak itu.

Lihat apa yang kurang penekanan di sekolah anak-anak kita.Jika pembelajaran agama Islam tidak ada dalam kurikulum sekolah anak-anak kita.Maka inilah masanya untuk kita rebut bagi menampal kekurangan tersebut.Hantarlah anak-anak kita ke kelas-kelas,bengkel atau perkhemahan yang menawarkan pendidikan agama Islam.Tidak lupa juga pendidikan membaca Al Quran yang merupakan satu aspek yang sangat penting dalam kehidupan sebagai orang Islam.Pastikan anak-anak tidak buta huruf Al Quran atau lemah membaca Al Quran kerana ia akan membawa malapetaka dan bencana pada diri kita sebagai ibu bapanya dan juga kepada anak tersebut.

Galakkan anak-anak menyertai program-program berbentuk keagamaan dan ilmu yang dianjurkan oleh masjid-masjid,pertubuhan-pertubuhan ,malah syarikat -syarikat swasta juga.

Isikan masa cuti anak kita dengan memberikan pendidikan yang tidak ditawarkan di sekolah mereka.Kita memanfaatkan anugerah masa ini dengan sebaik-baiknya.

Rapatkan hubungan keluarga
Namun,dalam keghairahan kita mengisi masa mereka dengan pendidikan dalam masa cuti sekolah ini,jangan lah kita lupa bahawa cuti sekolah adalah cuti dari sekolah.Oleh itu,kita perlu berikan masa untuk anak-anak kita menikmati waktu cuti sekolah mereka ini dengan aktiviti -aktiviti yang mereka gemari,tetapi  dalam masa yang sama ada batasnya.Gunakan masa cuti ini juga untuk merapatkan lagi keakraban kekeluargaan antara kita dan anak-anak kita..

Keluarkan sekeluarga ke tempat-tempat menarik,berkelah dan sebagainya.Keluarga yang bahagia adalah asa bagi pembangunan jiwa anak yang baik.Anak-anak kita mendambakan kasih sayang kita.Mereka sentiasa dahagakan keseronokkan berjalan bersama ibubapa serta adik-beradik mereka.Mereka akan kenang sehingga tua aktiviti kekekuargaan yang diadakan oleh ibubapa mereka.

Oleh itu,rebutlah peluang cuti sekolah ini dengan mengisinya dengan program-program yang memberi manfaat kepada pembangunan mental dan rohani mereka.

Frman Allah s.w.t:
Maksudnya:Demi masa!sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian.Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.



Sunday, November 17, 2013

PETUA : Untuk Mendapat Anak Lelaki /Perempuan

Petua untuk mendapatkan anak perempuan/lelaki

Menurut orang tua-tua dahulu,untuk mendapatkan anak lelaki atau perempuan seperti kata orang selang bunga,memang payah.Namun usaha dan petua yang di amalkan In Sha Allah boleh diperolehi.

1.Jika inginkan anak lelaki,air mani lelaki hendaklah dipancutkan terlebih dahulu daripada perempuan.Kemudian tidurlah mengiring ke kanan.

2.Jika inginkan anak perempuan,air mani perempuan hendaklah dipancutkan atau ke kemuncak dahulu.kemudian tidurlag mengiring ke kiri.In Sha Allah jika diiringi doa.

PETUA : Untuk Mendapat Anak Lelaki /Perempuan

Menurut orang tua-tua dahulu, untuk mendapatkan anak lelaki atau perempuan seperti kata orang anak selang bunga, memang payah. Namun usaha dan petua yang diamalkan InsyaAllah boleh diperolehi.

1. Jika inginkan anak lelaki, air mani lelaki hendaklah dipancutkan terlebih dahulu daripada perempuan. Kemudian tidurlah mengiring ke kanan.

2. Jika inginkan anak perempuan, air mani perempuan hendaklah dipancutkan atau ke kemuncak dahulu. Kemudian tidurlah mengiring ke kiri. InsyaAllah jika diiringi doa.

SHARE l TAG l KOMEN

(y) Jom Hamil (Like) (y)

Sumber:FB Jom Hamil

Thursday, October 24, 2013

SENYUM KEPADA ANAK BERPAHALA

Artikel akhbar ini saya salinkan semula untuk perkongsian semua pembaca blog ini.Berikan senyuman kepada anak-anak sebagai tanda kita sayangkannya,bukan hanya peluk cium saja..malah dengan senyuman juga dapat melahirkan perasaan dikasihi antara satu sama lain...mudah-mudahan ia dapat memberikan kehidupan kekeluargaan yang penuh dengan kasih sayang dan dirahmati selalu.


SUMBER:UTUSAN MALAYSIA ,SELASA 22 OKTOBER 2013
oleh:Umar Muhammad Noor

IBU BAPA YANG GAGAL MELAKSANAKAN HAK ANAK-ANAK DIKIRA BERDOSA

Rasa sayang kepada kanak-kanak adalah fitrah semula jadi manusia.Orang yang tidak beragama sekalipun menyayangi anaknya.bahkan haiwan yang tidak berakal pun sangat sayang kepada anak dan selalu bersiap sedia melindunginya.

Islam ialah agama fitrah.Maknanya,ajaran-ajaran Islam sejalan dengan fitrah  manusia yang cinta dan kasih kepada kanak-kanak.Justeru itu,Islam mewajibkan ibu bapa bukan hanya menyediakan nafkah zahir bagi anak-anak,tetapi juga mewajibkan kedua-duanya mencurahkan perhatian dan kasih sayang kepada mereka.

Perlakuan kita kepada anak-anak menandakan darjat iman kita.Ketinggian iman selalu beriringan dengan sikap lembut  kepada anak-anak kecil.Dan kerendahan iman selalu ditunjukkan dengan sikap keras dan kasar kepada anak-anak.
Satu hari Rasulullah mencium cucunya yang bernama Hasan bin Ali.Melihat perkaluan ini,Aqra bin Habis berkata,"Saya memiliki 10 orang anak,namun aku tidaj pernah mencium seorang pun daripada mereka".

Rasullulah memandang wajah orang ini.Lalu baginda bersabda: "Siapa yang tidak menyayangi,maka ia tidak akan disayangi".(riwayat Al Bukhari dan Muslim)


ISTIMEWA

Anak-anak mendapat tempat istimewa dalam Islam.Mereka wajib dilayan dengan baik,didengar keluhan mereka dan dipenuhi keperluannya.Setiap ibu bapa yang gagal melakukan tugasan ini dikira berdosa.
Rasulullah bersabda:"Cukuplah satu dosa apabila kita mengabaikan orang yang menjadi tanggungan kita".(riwayat al Bukhari)

Pada saat yang sama,Islam tidak menyukai kekerasan hati.Islam membenci manusia-manusia yang ramah apabila di pejabat,namun bersikap dingin kepada anak dan isterinya di rumah.

Allah SWT tidak menyukai kaki pukul walaupun ia selalu hadir dalam solat berjemaah dan sentiasa melakukan puasa sunat.

Pernah satu ketika Rasulullah menjadi iman dalam satu solat berjemaah.Apabila beliau sujud,beliau tidak mengangkat kepalanya dalam masa yang cukup lama.Selepas solat,para sahabat bertanya:"Wahai Rasulullah,mengapa tuan memanjangkan sujud?Adakah wahyu telah diturunkan kepada tuan?"
Rasulullah menjawab:"Tidak.Akan tetapi cucuku menaiki bahuku apabila aku tengah sujud.Aku membiarkannya bermain-main hingga ia puas".(riwayat al-Nisa'i)


HAK MEREKA

Dalam konteks moden di mana kedua-dua ibu bapa bekerja di luar,mereka mesti pandai mengatur suasana hatinya.Mereka kerungsingan dalam pekerjaan dan ini tidak boleh mempengaruhi perilakunya apabila berinteraksi dengan anak-anak di rumah.

Sepenat mana pun bekerja,kita mesti meluangkan masa untuk mereka bermanja.Sebab bermanja dan perhatian ialah salah satu hak mereka yang wajib dipenuhi ibu bapa.Sekali lagi,ibu bapa bukan hanya wajib memberi nafkah zahir,namun juga nafkah batin.

Teladanilah sikap para sahabat Nabi yang bernama Zaid bin Thabit.Al-Zahabi menceritakan bahawa tokoh sahabat ini sangat berwibawa apabila berada di tengah masyarakat.Namun sangat kelakar apabila bersama keluarganya.Justeru ,senyumlah kepada anak sebab ia berpahala.

# Lepas baca,jom kita amalkannya selalu...mudah-mudahan anak yang kita senyum selalu  ini akan senyum selalu dengan kita apabila kita tua nanti.#:)

Friday, September 27, 2013

Rezeki kami menang lagi....

6 hari yang lepas ,kami anak-beranak awal2 pagi lagi dah bersiap sedia untuk menghadiri satu majlis hari kepenggunaan.Majlis tersebut adalah Majlis Penyampaian Hadiah Kepenggunaan sempena Pertandingan Kepenggunaan HPM 2013. Ada juga pertandingan mewarna untuk kanak-kanak kategori A(4-6 Thn),kategori B (7-9 Thn),kategori C (10-12 Thn) dan keategori D (13 tahun ke atas).

Di sana,apa yang saya lihat,bukan kanak-kanak saja yang masuk pertandingan mewarna malah disertai juga golongan dewasa dan tua untuk kategori D.Golongan dewasa dan golongan tua yang melibatkan diri itu termasuk lelaki dan perempuan.Yang sudah beruban pun ada juga sertai.Saya kagum dengan semangat mereka ini .

Disamping mewarna ada juga diselitkan ceramah pendek dari PIDM.4 orang anak-anak saya masuk pertandingan mewarna.Bukan untuk menang tapi untuk melatih mereka untuk  berani,yakin dan berdikari.Contohnya,anak saya yang 5 tahun,Yaya-akan menangis bila mamanya pergi dari situ untuk memberi ruang  dia mewarna.Dari situ memang kita dah tahu yang dia takut bila berada di khayalak ramai,walaupun mamanya masih ada di sisinya.Mungkin dia tak biasa ditinggalkan sendirian.

Ada juga penyampaian hadiah untuk pelbagai kategori,termasuklah kategori Fotografi....dan ...
Alhamdullilah,rezeki berpihak kepada kami lagi....Kali nie,Azwa dapat tempat pertama dalam pertandingan fotografi....Wow!!lumayan kan hadiahnya!!....lepas nie bolehlah shopping sakan....shopping2 juga,yang penting utamakan  keperluan dari kemahuan...tak gitu kak Ton......


Tahniah untuk Azwa

Sijil Pencapaian




Sementara nak menunggu pertandingan mewarna tu tamat,kami anak- beranak main permainan yang turut diadakan di situ...dan inilah hasil kutipan kami ...6 tabung 1 Malaysia...cukup sorang satu  untuk anak-anak.

Indahnya duniaku

Suka duka kehidupan,tempat yang jatuh lagi dikenang inikan pula memori terindah dan kenangan manis,semanis wajah anak-anak yang menyinari setiap detik kehidupanku....:)