Tuesday, January 28, 2014

Risiko Postdate(Lebih hari)

Postdate atau dalam percakapan harian kita"lebih hari" adalah keadaan di mana ibu yang hamil masih juga belum bersalin.Ia menimbulkan beberapa kontroversi sama ada hendak paksa ibu itu bersalin atau tidak,risiko paksa bersalin dan risiko postdate itu sendiri.

Postdate ialah apabila jangka masa kehamilan itu melebihi 280 hari dari tarikh terakhir datang haid.Tarikh dijangkakan bersalin yang doktor berikan dikira dari tarikh hari pertama haid yang terakhir yang dialami oleh ibu.

Oleh itu amatlah penting ibu menandakan setiap blan bilakah tarikh hari pertama dia mengalami haid setiap bulan.Perkiraan ini adalah tepat jika mereka mengalami pusingan haid yang teratur setiap bulan iaitu setiap 28 hari.Jika ibu mempunyai pusingan haid yang panjang dan tidak teratur maka perkiraan menggunakan kaedah ini tidak boleh digunakan untuk menentu.

Tarikh dijangkakan bersalin dikira dengan menambah 7 hari pada tarikh hari pertama datang haid yang terakhir sebelum kehamilan dan ditambah 9 bulan pada bulannya pula.Jika ibu mempunyai haid yang tidak teratur perkiraan ini tidak boleh digunakan,sebaliknya doktor akan melihat kepada ujian ultrasound yang dilakukan dan saiz rahim semasa menjalani pemeriksaan antenatal yang berkala itu.

Kebiasaan jika lebih hari doktor boleh tunggu sehingga 14 hari atau 2 minggu iaitu cukup 294 hari tempoh  kehamilan.Ini didiistilahkan postterm.Doktor akan menasihatkan ibu bersalin biasanya apabila mencapai 10 hari lebih dari tarikh dijangkakan bersalin.

Insiden  postdate ini adalah sekitar 3 hingga 12 peratus kehamilan.Kajian didapati apabila perkiraan tarikh dijangkakan bersalin menggunakan ultrasound maka insiden postdate adalah sekitar 3 hingga 6 peratus .hanya 1 hingga 4 peratus kehamilan tempohnya melebihi 43 minggu.

Terdapat beberapa ciri pada bayi yang dilahirkan lebih dari tarikh dijangkakan iaitu pertamanya kulitnya berkedut ,mengelupas dan nipis.Keduanya mungkin terdapat anak sudah hendak lemas iaitu bayi sudah berak di dalam kandungan iaitu terdapat meconium dalam air ketuban dan akhir sekali meconium sudak melekat pada kulit dan kuku bayi.Insiden meconium dalam air ketuban adalah 25 peratus jika ibu-ibu hamil ini telah postdate.

INFO BERKAITAN KEHAMILAN

  • Wanita yang mengambil kafein walaupun hanya secawan kopi setiap pagi berisiko tinggi melahirkan anak yang kurang berat badan.Selain kopi,teh,kola coklat dan ubat-ubatan mengandungi kafein juga dikatakan boleh memperlahankan pertumbuhan janin dalam kandungan.
  • Makanan yang mengandungi asid lemak trans yang biasanya banyak didapati di dalam makanan berproses(biasanya ditulis sebagai partially hydrogenated oil) boleh mengakibatkan keguguran.
  • Buah delima dikatakan berkhasiat dan menjadi simbol kesuburan dan keturunan ramai.
  • Wanita hamil yang makan kekacang atau produk berkaitan kekacang seperti mentega kacang setiap hari semasa hamil berisiko anak dalam kandungan mengidapi asma.


SUMBER:SERI DEWI & KELUARGA ,September 2009.

No comments:

Post a Comment

Indahnya duniaku

Suka duka kehidupan,tempat yang jatuh lagi dikenang inikan pula memori terindah dan kenangan manis,semanis wajah anak-anak yang menyinari setiap detik kehidupanku....:)