Showing posts with label Program Cuti Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Program Cuti Sekolah. Show all posts

Thursday, December 12, 2013

Bina Sahsiah anak di musim cuti

Artikel yang sangat bermanfaat untuk kita sebagai ibu bapa baca....jadi saya entrykan di sini untuk dikongsi bersama......tambahan pula cuti sekolah pun dah bermula,eloklah rancang cuti sekolah anak-anak supaya masa tidak terbuang begitu saja.....

Sumber:Majalah NUR Dis 2010.
Ini adalah masa untuk mereka berehat sebelum masuk ke sesi persekolahan baru pada tahun akan datang.Seringkali mereka merancang dan mengatur aktiviti sendiri dan pasti ianya yang meyeronokkan dan dipenuhi dengan permainan.

Playstation,permainan komputer,menonton tv dan melakukan aktiviti bersama kawan-kawan berada dalam senarai teratas aktiviti harian mereka.Tidak dinafikan semua anak-anak akan berbuat demikian ,namun sebagai ibu bapa kita seharusnya kerlibat sama merancang percutian itu agar ia diisi dengan perkara-perkara bermanfaat.

Kita harus ingat,masa adalah satu ciptaa Allah yang amat berharga.Ia adalah satu hadiah yang dianugerahkan kepada semua makhluk,dan anugerah ini berterusan sehingga hari kiamat.Ia seperti air yang mengalir.Jika tidak dibendung,Jika tidak diceduk,jika tidak diambil,ia akan berlalu dan terus meninggalkan kita buat selamanya.

Sebagai orang yang lebih matang dan mempunyai lebih banyak pengalaman daripada anak-anak sudah tentu kitalah yang bertanggungjawab memandu anak-anak ke arah yang lebih baik.

Bagaimana anak-anak kita menghabiskan cuti panjang ini,akan memberi kesan sedikit sebanyak kepada kejayaan mereka seterusnya di medan persekolahan,ia juga membantu mereka menghadapi alam remaja dan dewasa kelak,dan membina mereka menjadi insan yang cemerlang.

MEMBINA SAHSIAH DAN PERIBADI
Kita tidak boleh biarkan anak-anak menghabiskan masa cuti sekolah mereka dengan bermain saban hari.Atau kita biarkan mereka mencari keseronokkan bersama kawan-kawan mereka sahaja.Kita juga tidak boleh menganggap bahawa pendidikan anak-anak kita berhenti atau berehat sebentar pada bulan-bulan cuti sekolah.Persepsi sedemikian akan mengundang bencana dan membawa kerugian jangka panjang.

Percutian hujung tahun adalah waktu yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak yang bersekolah.Cuti panjang hampir 2 bulan adalah waktu untuk mereka berseronok dan melupakan sebentar urusan persekolahan dan peperiksaan.

Sebaliknya,kita perlu lihat masa cuti sekolah ini sebagai masa yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

5 Cara ingatkan anak-anak:-
1.Masa perlu diisikan dengan program-program dan aktiviti-aktiviti yang dapat membina sahsiah dan keperibadian yang lebih baik dalam diri anak-anak.Cara ini kita dapat merapatkan lagi perhubungan kekeluargaan antara kita dan anak-anak.

2.Cuti sekolah ini perlu dilihat dari dua perspektif.Pertama,untuk memberi peluang kepada anak-anak berehat sebentar dan menikmati aktiviti yang mereka gemari,sebelum memulakan sesi persekolahan yang baru.

3.Perspektif kedua ialah untuk kita mengisi masa anak-anak  dengan pendidikan dan pembangunan diri yang tidak dibekalkan di sekolah mereka.Kita perlu imbangi antara kedua-dua ini.Anak-anak tidak boleh diberikan terlalu banyak masa untuk berhibur dan bermain pada masa cuti ini kerana ini akhirnya akan memberikan satu isyarat kepada mereka bahawa memanfaatkan masa lapang bukan satu perkara yang penting.

4.Nasihatkan dan sentiasa mengingatkan kepada anak-anak bahawa masa itu satu komoditi,satu anugerah Allah yang sangat berharga ia tidak akan berulang dan tidak boleh dijual beli.Ini sangat ditekankan dalam Islam .

 Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara:muda sebelum tua,sihat sebelum sakit,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit,hidup sebelum mati"(Hadis sahih riwayat Hakim).

Hadis ini perlu sentiasa kita ingat dan perlu kita tanamkan dalam diri anak-anak kita,agar apabila mereka besar kelak,sifat menghargai masa dan tidak mensia-siakan sudah menjadi sebati dalam diri mereka.Pentingnya hadis ini sehingga dijadikan sebuah nasyid oleh sebuah kumpulan nasyid yang terkenal,agar ia dihafal dan sentiasa diingati oleh anak-anak kita.

5.Ceritakan sirah nabi kepada anak-anak di mana Rasulullah s.a.w memperingatkan kita agar merebut waktu muda kerana ia adalah zaman pembinaan mental dan rohani.Ia adalah zaman menimba ilmu pengetahuan dan pembangunan akhlak yang dituntut oleh Islam sebagai bekalan untuk sepanjang hayat kanak-kanak itu.

Lihat apa yang kurang penekanan di sekolah anak-anak kita.Jika pembelajaran agama Islam tidak ada dalam kurikulum sekolah anak-anak kita.Maka inilah masanya untuk kita rebut bagi menampal kekurangan tersebut.Hantarlah anak-anak kita ke kelas-kelas,bengkel atau perkhemahan yang menawarkan pendidikan agama Islam.Tidak lupa juga pendidikan membaca Al Quran yang merupakan satu aspek yang sangat penting dalam kehidupan sebagai orang Islam.Pastikan anak-anak tidak buta huruf Al Quran atau lemah membaca Al Quran kerana ia akan membawa malapetaka dan bencana pada diri kita sebagai ibu bapanya dan juga kepada anak tersebut.

Galakkan anak-anak menyertai program-program berbentuk keagamaan dan ilmu yang dianjurkan oleh masjid-masjid,pertubuhan-pertubuhan ,malah syarikat -syarikat swasta juga.

Isikan masa cuti anak kita dengan memberikan pendidikan yang tidak ditawarkan di sekolah mereka.Kita memanfaatkan anugerah masa ini dengan sebaik-baiknya.

Rapatkan hubungan keluarga
Namun,dalam keghairahan kita mengisi masa mereka dengan pendidikan dalam masa cuti sekolah ini,jangan lah kita lupa bahawa cuti sekolah adalah cuti dari sekolah.Oleh itu,kita perlu berikan masa untuk anak-anak kita menikmati waktu cuti sekolah mereka ini dengan aktiviti -aktiviti yang mereka gemari,tetapi  dalam masa yang sama ada batasnya.Gunakan masa cuti ini juga untuk merapatkan lagi keakraban kekeluargaan antara kita dan anak-anak kita..

Keluarkan sekeluarga ke tempat-tempat menarik,berkelah dan sebagainya.Keluarga yang bahagia adalah asa bagi pembangunan jiwa anak yang baik.Anak-anak kita mendambakan kasih sayang kita.Mereka sentiasa dahagakan keseronokkan berjalan bersama ibubapa serta adik-beradik mereka.Mereka akan kenang sehingga tua aktiviti kekekuargaan yang diadakan oleh ibubapa mereka.

Oleh itu,rebutlah peluang cuti sekolah ini dengan mengisinya dengan program-program yang memberi manfaat kepada pembangunan mental dan rohani mereka.

Frman Allah s.w.t:
Maksudnya:Demi masa!sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian.Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.



Wednesday, August 28, 2013

Bersantai di Gunung Jerai



Gunung Jerai(juga dikenali sebagai Puncak Kedah)merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman,Malaysia,di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan.Tingginya setinggi 2,107 meter.Info lanjut di sini....

Percutian kami ini  bukan dirancang,asalnya kami ke Ladang Anggur yang terletak di Sik,berhampiran dengan Tasik Beris.Kami bertolak dari rumah- Sungai Bayor,Selama,Perak dan sampai ke destinasi, Ladang anggur 2 jam kemudian.Memang teruja betul kami anak beranak ketika berada di ladang anggur .....selalunya hanya dapat tengok buahnya saja,kali ini,kami dapat tengok sendiri pokoknya..dari aras tanah hinggalah ke dahan-dahannya serta buah2nya.

Kebetulan kami berada di Negeri Kedah nie,alang2percutian kami diteruskan ke Taman Rekreasi Gunung Jerai.Biasanya,kalau kami tak search dulu kat google,en hubby akan tanya dgn sedara,anak buah ...tentang apa yang menarik di situ.....(tempat2 peranginan,rekreasi ataupun tempat mandi-manda dan air terjun)..apa yang pasti percutian kami dipenuhi dengan perkara yang berfaedah,bukan hanya buang masa dan minyak saja di jalanan ....


Lepas memasuki Gurun,kami melalui daerah Kuala Muda dan terus ke Yan.Di simpang traffic light ke Yan ,kami ambil simpang ke kanan dan teruskan perjalanan.....akhirnya kami sampai jugak ke Taman Rekreasi Gunung Jerai,walaupun terbabas ke depan sikit....nasib baiklah terpandang signboard kat tepi jalan tu...kami berpatah balik dan sampai jugak ke destinasi.....

Yang kami sampai tu hanyalah kaki Gunung Jerai,belum sampai lagi ke puncaknya.Dibawah tu ada jugak kereta @van2 yang boleh disewa untuk mendaki puncak Gunung Jerai.Untuk mendaki ke puncak adalah dalam 12km...pemanduan selama 30minit....

Tapi kami tak sewa pun kereta@van,kami mendaki dengan kereta kami sendiri.Jalannya agak sempit dan banyak selekoh-selekoh lipat,setiap kali ada selekoh lipat akan di letakkan cermin besar untuk memudahkan kita agar dapat melihat kenderaan yang naik atau turun.Ini adalah salah satu langkah-langkah keselamatan untuk kita berhati-hati ketika mendaki atau menuruni gunung itu.

Ada juga terdapat papan tanda supaya membunyikan hon ketika  mendaki atau menuruni,ini kerana membolehkan kita mengetahui sama ada kereta@van berada di setiap selekoh atau tidak.




Di pertengahan jalan,kami berhenti sekejap di muzium perhutanan,turun dari kereta dan ambil angin sekejap.....



Kami meneruskan lagi perjalanan,akhirnya selepas 30 minit,sampailah kami ke puncaknya.....Sungguh menakjubkan pemandangan dia atas sana.


Sekarang kami dah berada di atas Gunung Jerai,iaitu puncaknya....Paras ketinggiannya adalah 986m dari aras laut.Dari puncak,kami dapat melihat pemandangan di bawah sana...kami hanya nampak kawasan bendang saja...dan awan2....


Kami datang sehelai sepinggang saja.Tapi bila kami dah sampai ke puncaknya,en hubby kata tak mahu turun pulak dah.Kami nie dahlah tiada baju persalinan,malah makanan sedikit pun kami tak bawa.......nasib baik pampers anak ingat,itupun bawa 1 keping jer....

Kami memang  dah faham,bila datang @pergi ke suatu tempat yang dia suka,dia akan ajak kami bermalam di situ...En hubby try tanya kat hotel di situ,yang ada hanyalah The Regency Jerai Hill Resort.....alhamdullilah nasib baik ada 1 bilik,tanpa banyak fikir dia pun terus tempah...semalam hanya RM258 utk bilik deluxe.Kami dapat bilik no 511.


Kunci bilik kami...



Ada 3 katil besar,memang cukup untuk kami 8 orang ,selesa dan berhadapan pula dengan kolam renang....memang best!!lagi2 anak2 yang suka mandi manda ....
Sepetang yang dingin dengan angin sepoi-sepoi,kami anak beranak bersantai di kaki-kaki gunung,sambil melihat keindahan alam ciptaanNya....







Ini adalah antara gambar-gambar percutian kami di Gunung Jerai....jom ,kita layan dulu gambar-gambar kami...........



















Dah berjela-jela entry percutian kami ini,takut boring pulak orang yang nak membacanya nanti....oklah,sambung lain entry pulak.....

Teruskan membaca lain entry>>











Sunday, June 3, 2012

Kem Solat Bestari Remaja 2012


Assalamualaikum......

Cuti persekolahan  pertengahan tahun ini sangat2 bermakna kerana percutian anak2 saya dipenuhi dengan mengikuti Program Kem Solat Bestari Remaja yang diadakan di Surau At Taqwa Bangi.Program ini adalah anjuran bersama Jawatankuasa Tadbir Surau At-Taqwa dan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat serta dibimbing oleh Ustaz Hasnan Kasan(UKM).

Butir-butir Program Kem Solat Bestari;
Tarikh: 1 June 2012 sehingga 3 Jun 2012(11-13 Rejab 1433H)
Hari   : Jumaat sehingga Ahad
Penyertaan terbuka kepada lelaki dan perempuan (10 tahun-15 tahun)

Dengan adanya program ini anak-anak dapat mengetahui pentingnya solat dalam kehidupan.Peserta telah diberi penekanan tentang kepentingan solat,bimbingan tentang rukun solat,cara-cara yang betul untuk mengerjakan solat,perkara yang wajib dan sunat dalam solat.Selain itu peserta didedahkan dengan teori  & praktikal wudhuk dan Tayammum Taharah,amali azan & istiqamah,Tahsin bacaan dalam solat dan praktikal solat oleh fasilitator.
Peserta perempuan yang mengikuti kem solat bestari 2012

Ajk Surau,Ustz Hasnan Kasan,Fasilitator serta peserta tajaan MPKj.

Peserta -peserta lelaki bergambar bersama Ustaz Hasnan Kasan.

Di hari terakhir program ini,iaitu majlis penutup,ibubapa telah dijemput ke majlis tersebut sebagai tanda sokongan dan keperihatinan tehadap anak-anak dan turut serta dalam ceramah khas untuk ibubapa.Tajuk:SMART keibubapaan-Rumahku Syurgaku.Penceramahnya adalah Ustaz Hasnan  Kasan.

Harapan saya semoga peserta -peserta termasuk anak-anak saya dapat melatih diri dan mempraktikkan apa yang diajar dalam program tersebut supaya melakukan kewajipan solat.Insyaallah ,jika anak-anak didedahkan dengan pentingnya solat dari awal lagi,nescaya anak-anak akan melakukan kewajiapan  solat dalam kehidupan seharian dan akan menjadi insan yang berguna dan berkeperibadian muslim kepada agama,bangsa dan negara.

Indahnya duniaku

Suka duka kehidupan,tempat yang jatuh lagi dikenang inikan pula memori terindah dan kenangan manis,semanis wajah anak-anak yang menyinari setiap detik kehidupanku....:)