Thursday, June 28, 2012

Soaljawab puasa

Assalamualaikum w.b.t.
Melalui pembacaan saya pagi tadi dari buku QA milik seorang kawan,ada yang tidak saya ketahui selama ini.Jika saya tak terbaca bab2 puasa ini,mungkin saya tidak akan dapat ilmu dari buku QA ini.Terdapat beberapa persoalan yang yang ingin saya kongsikan bersama.


Q:Adakah batal puasa orang yang buasir jika memasukkan usus yang terkeluar dari duburnya?
A:Tidak batal kerana ia adalah sebahagian daripada anggota badan.Perumpamaannya adalah seperti lidah yang keluar sewaktu ceramah,lalu masuk kembali ke dalam mulut.Ini kerana dia tidak memasukkan sesuatu yang luar ke dalam.Ia tidak lebih daripada menempatkan sesuatu ke tempat asalnya.
  Masalah yang berkaitan:Jika seseorang membuang air besar,sebahagian najis masih ada di tempat keluar najis,lalu masuk balik,maka ia membatalkan puasa.

Q:Ketika sedang sahur,azan subuh berkumandang dan ada air di dalam mulut,lalu kita menelannya.Apakah hukum puasa itu?
A:Batal puasanya.Masalah yang berkaitan juga adalah umpama orang sedang makan,azan berkumandang.Jika diamakan apa yang masih ada dalam mulutnya,maka batal puasanya.Sama juga dengan orang yang berjimak,tiba-tiba azan berkumandang.Jika suami dan isteri tidak terus menghentikan hubungan jimak itu,maka batal puasanya.

Q:Bolehkah mengorek hidung ketika berpuasa?
A:Mengorek hidung ketika berpuasa tidak membatalkan puasa kerana masih dalam rongga hidug seperti istinsyak(memasukkan air ke dalam hidung)selama mana tidak sampai ke had khaitsyum(pangkal hidung).
Publish Post
Sumber:Majalah QA

No comments:

Post a Comment

Indahnya duniaku

Suka duka kehidupan,tempat yang jatuh lagi dikenang inikan pula memori terindah dan kenangan manis,semanis wajah anak-anak yang menyinari setiap detik kehidupanku....:)