Assalamualaikum......
Cuti persekolahan pertengahan tahun ini sangat2 bermakna kerana percutian anak2 saya dipenuhi dengan mengikuti Program Kem Solat Bestari Remaja yang diadakan di Surau At Taqwa Bangi.Program ini adalah anjuran bersama Jawatankuasa Tadbir Surau At-Taqwa dan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat serta dibimbing oleh Ustaz Hasnan Kasan(UKM).
Butir-butir Program Kem Solat Bestari;
Tarikh: 1 June 2012 sehingga 3 Jun 2012(11-13 Rejab 1433H)
Hari : Jumaat sehingga Ahad
Penyertaan terbuka kepada lelaki dan perempuan (10 tahun-15 tahun)
Dengan adanya program ini anak-anak dapat mengetahui pentingnya solat dalam kehidupan.Peserta telah diberi penekanan tentang kepentingan solat,bimbingan tentang rukun solat,cara-cara yang betul untuk mengerjakan solat,perkara yang wajib dan sunat dalam solat.Selain itu peserta didedahkan dengan teori & praktikal wudhuk dan Tayammum Taharah,amali azan & istiqamah,Tahsin bacaan dalam solat dan praktikal solat oleh fasilitator.
Peserta perempuan yang mengikuti kem solat bestari 2012 |
Ajk Surau,Ustz Hasnan Kasan,Fasilitator serta peserta tajaan MPKj. |
Peserta -peserta lelaki bergambar bersama Ustaz Hasnan Kasan. |
Di hari terakhir program ini,iaitu majlis penutup,ibubapa telah dijemput ke majlis tersebut sebagai tanda sokongan dan keperihatinan tehadap anak-anak dan turut serta dalam ceramah khas untuk ibubapa.Tajuk:SMART keibubapaan-Rumahku Syurgaku.Penceramahnya adalah Ustaz Hasnan Kasan.
Harapan saya semoga peserta -peserta termasuk anak-anak saya dapat melatih diri dan mempraktikkan apa yang diajar dalam program tersebut supaya melakukan kewajipan solat.Insyaallah ,jika anak-anak didedahkan dengan pentingnya solat dari awal lagi,nescaya anak-anak akan melakukan kewajiapan solat dalam kehidupan seharian dan akan menjadi insan yang berguna dan berkeperibadian muslim kepada agama,bangsa dan negara.
pengisian masa yg befaedah....
ReplyDelete