Thursday, June 28, 2012

Soaljawab puasa

Assalamualaikum w.b.t.
Melalui pembacaan saya pagi tadi dari buku QA milik seorang kawan,ada yang tidak saya ketahui selama ini.Jika saya tak terbaca bab2 puasa ini,mungkin saya tidak akan dapat ilmu dari buku QA ini.Terdapat beberapa persoalan yang yang ingin saya kongsikan bersama.


Q:Adakah batal puasa orang yang buasir jika memasukkan usus yang terkeluar dari duburnya?
A:Tidak batal kerana ia adalah sebahagian daripada anggota badan.Perumpamaannya adalah seperti lidah yang keluar sewaktu ceramah,lalu masuk kembali ke dalam mulut.Ini kerana dia tidak memasukkan sesuatu yang luar ke dalam.Ia tidak lebih daripada menempatkan sesuatu ke tempat asalnya.
  Masalah yang berkaitan:Jika seseorang membuang air besar,sebahagian najis masih ada di tempat keluar najis,lalu masuk balik,maka ia membatalkan puasa.

Q:Ketika sedang sahur,azan subuh berkumandang dan ada air di dalam mulut,lalu kita menelannya.Apakah hukum puasa itu?
A:Batal puasanya.Masalah yang berkaitan juga adalah umpama orang sedang makan,azan berkumandang.Jika diamakan apa yang masih ada dalam mulutnya,maka batal puasanya.Sama juga dengan orang yang berjimak,tiba-tiba azan berkumandang.Jika suami dan isteri tidak terus menghentikan hubungan jimak itu,maka batal puasanya.

Q:Bolehkah mengorek hidung ketika berpuasa?
A:Mengorek hidung ketika berpuasa tidak membatalkan puasa kerana masih dalam rongga hidug seperti istinsyak(memasukkan air ke dalam hidung)selama mana tidak sampai ke had khaitsyum(pangkal hidung).
Publish Post
Sumber:Majalah QA

Selamat Hari Lahir Yaya

For My Dear Daughter! Free Son & Daughter eCards, Greetings from 123greetings.com

Assalamualaikum. w.b.t.
Tanggal 29 Jun 2008 adalah tarikh kelahiran puteri perempuanku Nurul Hidayah.Dan hari ini dah genap usianya menjangkau ke 4 tahun.Tahun depan dah nak masuk tadika.....Dah besar dah anak mama.
Mama ucapkan "Selamat hari lahir " semoga menjadi anak yang solehah  dan berjaya dunia akhirat serta apabila besar kelak  akan senantiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibubapanya.
Alhamdullilah,syukur ....pejam celik pejam celik tahun depan Yaya dah mula bersekolah tadika.Suka benor tengok keletahnya ,kalau dulu2 Yaya x banyak buat ragam,tapi sekarang nie Yaya kuat menangis..sikit2 nangis,asal dikacau sikit pun nangis,lagi2 adiknya yang suka mengacaunya........

Wednesday, June 20, 2012

Zikir Harian


Marilah kita sama-sama mencari keredhaan Allah dengan berzikir kepada-Nya.Apa salahnya jika kita amalkannya selalu daripada kita beromongan kosong yang tidak berfaedah. dan  membawa keburukan.
Jom kita latih lidah kita supaya menyebutnya  1 hari 1 ayat.,tak susah kan!......Insyaallah lama kelamaan akan jadi kebiasaan pada diri kita....Saya pun baru nak mula amalkan dalam kehidupan seharian saya.Tu sebab saya cnp daripada fb kawan-kawan ke sini,senang nanti kalau nak tgk-tgk balik,tak yah lagi nak google2......

Monday, June 18, 2012

Jalan-jalan I-City

Assalamualaikum.......

Cuti persekolahan yang lepas,tanggal 9 Jun 2012,sesudah menunaikan solat maghrib,sekitar jam 8.00malam ,kami gi ke I-City Shah Alam.Walaupun cuti sekolah kali ini panjang,kami memang x gi mana2 pun,tu yang rasa ralat tu,x ajak anak2 jalan.oleh sebab rasa ralat ,kami ajak jugak anak2 gi tempat yang beroperasi waktu malam seperti I-City nie.Memandangkan masa  untuk ajak gi jalan2 terhad,kebetulan mr hubby nya duti memang penuh,maklumlah keje sorang2,urus syarikat sendiri pun sorang,cari keje pun sorang2,la ni dh x de staff lagi,so tak lehlah amik cuti,bila dh cuti nanti,duit tak masuk,customer pulak asyik marah2...minta keje disiapkan....




 Kebetulan emak dan ada juga baru sampai ke Bangi,kami pun ajak sekali gi sana.Emak dan adik dari Pemanis,cadangnya nak menghantar adik yang study kat Unisel utk praktikal kat Kelang.

Kalau dah datang ke I-City nie,bdk2lah paling seronok,dapat tengok lampu2 neon yang bercahaya,berkelip2....lampu2 neon ini dipasang disetiap pokok2,bukan pokok betul2 ye....Ini pokok yang di bentuk dengan menggunakan lampu2 neon....bila tiba waktu malam,memang cantik pemandangannya......

Ini adalah emak saya,yang baru datang dari kampung......sesekali tu nak jugak ajak mak jalan2......tp kalau tempat cam gini tak sesuai sangat.......hanya setakat jalan2,tengok2 jelah.........kalau nak shopping tu x delah....

Mak cik Elly nie sibuk layan sms .........2nd time dia dtg ke sini.......


Cik Fifi nie,sampai ke nak capai lampu tuuu.....
with my beloved kids....Wawa(pink bertudung),Sofia(bertudung putih,Yaya(baju pink dihadapan)...my baby-Cik Fifi....

Muhd Iffat dan Acik Emy(adik bongsu saya)
Terserlah keseronokkannya,bila dapat tunggang kuda laut......itulah Mohd Aiman Hakimi....hihihi....Yaya pulak,suka bila dapat skraf yang berkelip2 ........


Hiasan kereta yang bercahaya,ala2 macam kereta cindrelela......dihadapannya ada 2 ekor kuda......bukan kuda betul2 tau....


Cik Fifi yg diserang conjunctivitis(sakit mata)...............
Menda nie,harganya ..RM5....mahal jugak!(bagiku)....kalau dah 4 @5 orang nak,habislah kosong poket mama....kalau jual RM3 pun dah ok kan.....
5 dari kiri adalah sepupu diorang,anak kepada adikku....Eira,namanya..........





Cik Fifi,mehlah pandang sini,mama nak tangkap gambar baby nie.........




Saturday, June 16, 2012

Di Suatu petang semusim yang lalu

Assalamualaikum  w.b.t...........
Di suatu petang,di halaman tepi rumah sewaku...............
sambil menunggu ketibaan en hubby,masih sempat lagi nak berposing kat laman yang penuh dengan lalang2 yang memanjang.......oppppsss!lalang2 dan rumput tu dah kena potonglah..hihihi.....baru je potong,panggilkan bangla yg tiap2 hari dtg mencari duit tulah,asyik2 ting!ting!ting! kan bell basikalnya@ hon2kan motornya.Selagi tak bg respond ,selagi tulah dia akan membunyikan sirennya tu.....

 Haaa...ini dia si kecilku,Nur Ain Safira namanya,tp nama manjanya baby@ cik fifi dan memang manja orangnya,sikit mama2.nampak ayah pun sebut mama jugak!.....Memang senang sungguh nak jaganya malah dialah satu2nya anak2ku yang bersalin dalam keta,memang x sabar2 dia nak keluar tgk dunia.....Kat keta Vios tulah  dia nak kuar,mamanya pun satu, memang tak suka sangat pi hospital awal2,nanti kena cucuk sana,cucuk sini......sakit wooooo.....nampak jarum je tutup mata...errrrrr.....takutttttt........tapi tak serik2 jugak nak bersalin......hahahaha.....


Haaaaa......yg nie pulak si kakak cik fifi,panggil je namanya Yaya....,Yaya mcm dalam kartun Boboi boy tu, haa......tu pun yaya gak!...<Yey,Yaya ,Gopal ,inilah superhero kitaaaaaaaaa....boboi boyyyy> errrrrrrr tulah lagu boboi boy yg Yaya suka nyanyi.......kalau tak upin ipin ,boboi boy,tu jelah yg dia minat.....



 Heiii! sini.....cik fifi memanggil tu.....

Masamnya muka,kepenatan,sampaikan terduduk.....ntah apa yg ditengoknya tu......

Thursday, June 14, 2012

Surah bacaan ketika mengandung

Assalamualaikum....
SDR pun nak juga kongsikan surah bacaan ketika mengandung ini di sini juga,sebaik copy dari fb, dah 3826 kali telah dikongsikan oleh rakan2 fb......

Jom baca dan renung-renungkan..........

Assalamualaikum..............
Mood masih lagi merundum,hanya ini yg boleh dikongsikan di sini , jom baca dan renung2kan........

1st Blog-Semanis Epal Hijau

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.....
Entry kali ini SDR nak memperkenalkan blog  SDR yg pertama......Kalau nak tgk,jom klik link kat bawah tu yea ...
***..Semanis Epal Hijau..***
http://hanasafirahidayah.blogspot.com/




Blog SDR ini adalah blog ke2 tuanpunya blog.1st blog  macam blog rojak jugaklah,yelah ada kisah2 kehidupan,resepi dan masak2,info2 semua ada kt situ......Bila dah terbitnya blog ke 2 ini,entry2 yang akan datang akan di postkan ke blog yang sesuai...samada blog Semanis Epal Hijau ataupun blog Salju Danau Rindu.

Tutorial untuk mencantikkan blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera.........
Hasil terjah-menerjah dan godek-mengodek dari  beberapa blog tutorial,dapatlah SDR men"touch-up"kan blog SDR ini.Salah salah blog yang SDR terterjah adalah blog Anys Nadhilah@blurrr4evablur .Blog ini dah pun masuk dlm list blog tutorial di blog SDR tau.Memang banyak betul tuto2 yang ada kat sana tu.Kalau ada sesiapa yg nak bagi blog anda cantik,jom tgk blognya.Terima kasih yea Anys, owner blog yang cantik manis nie ,....yg sudi share tuto2 menarik .
! Smallish Biggish
Anys Nadhilah@blurrr4evablurr.blogspot.com/


Antara tutorial yang SDR suka amik adalah;
  • List Blog Tutorial,klik sini .
  • Tutorial link shadow apabila disentuh,klik sini .
  • Tutorial Link Pelangi,klik sini .
  • Tutorial besarkan Link apabila disentuh, klik sini .

Saturday, June 9, 2012

Madah Inspirasi



Sekarang nie,mood nak pos entry sangat merundum ......cuma di sini SDR nak berkongsi madah dengan teman-teman....Insyaallah,jika kita lalui setiap detik dengan penuh kesabaran,akan  mendapat keredhaan dari-Nya.

Friday, June 8, 2012

Tip mengatasi saat kelahiran

Dan selamat petang.....
Sebagai seorang wanita dan juga isteri,kita mesti ada sedikit sebanyak ilmu tentang kelahiran.Dari saat disahkan mengandung sehingga waktu saat melahirkan.Ini amat penting bagi memastikan saat kelahiran berjalan dengan lancar.Perlu mengetahui persediaan awal,dari segi makanan,pakaian dan cara menjaga kandungan bagi mendapatkan bayi yang sihat.
Gambar dari google.

Hari ini SDR nak kongsi tip-tip untuk mengatasi kesakitan saat melahirkan bayi:


  • Tenaga banyak digunakan saat melahirkan .Oleh itu,digalakkan memakan buah kurma untuk menambah tenaga.
  •  Minum minyak zaitun secara rutin selama kehamilan juga boleh melancarkan proses  kelahiran.Proses yang cepat dan lancar mengurangkan rasa sakit yang menyerang.
  • Minum madu juga memperkuatkan keupayaan tubuh.
  • Jangan lupa beribadah dengan ikhlas kerana Allah swt.Tidak percuma anda merasa beratnya menghadapi mabuk dan membawa janin di dalam perut selama 9 bulan.Dengan niat tulus,pasti rasa sakit ketika melahirkan cahayamata tidak terasa.
  • Lebih baik berzikir atau membaca ayat-ayat Al-Quran daripada menjerit kesakitan.Menjerit atau menangis menggunakan banyak tenaga.
  • Berusaha menikmati rasa sakit.Percayalah,rasa sakit dapat dikurangkan sedikit demi sedikit.
  • Ingatlah bahawa anda sedang berjihad untuk melahirkan anak yang insyaallah akan menjadi pemimpin di masa hadapan.
Doa ketika kelahiran:





p/s Alhamdullilah,seramai 6 orang anak ini,saya ada juga amalkan tip2 diatas,walaupun tak semua.Dari pengalaman saya,semasa berada di labour room ,memang selalu terdengar orang terjerit sana,terjerit sini.Lebih baik simpan tenaga untuk saat meneran nanti.

Sumber:Mingguan Wanita September 2011.

Sunday, June 3, 2012

Kem Solat Bestari Remaja 2012


Assalamualaikum......

Cuti persekolahan  pertengahan tahun ini sangat2 bermakna kerana percutian anak2 saya dipenuhi dengan mengikuti Program Kem Solat Bestari Remaja yang diadakan di Surau At Taqwa Bangi.Program ini adalah anjuran bersama Jawatankuasa Tadbir Surau At-Taqwa dan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat serta dibimbing oleh Ustaz Hasnan Kasan(UKM).

Butir-butir Program Kem Solat Bestari;
Tarikh: 1 June 2012 sehingga 3 Jun 2012(11-13 Rejab 1433H)
Hari   : Jumaat sehingga Ahad
Penyertaan terbuka kepada lelaki dan perempuan (10 tahun-15 tahun)

Dengan adanya program ini anak-anak dapat mengetahui pentingnya solat dalam kehidupan.Peserta telah diberi penekanan tentang kepentingan solat,bimbingan tentang rukun solat,cara-cara yang betul untuk mengerjakan solat,perkara yang wajib dan sunat dalam solat.Selain itu peserta didedahkan dengan teori  & praktikal wudhuk dan Tayammum Taharah,amali azan & istiqamah,Tahsin bacaan dalam solat dan praktikal solat oleh fasilitator.
Peserta perempuan yang mengikuti kem solat bestari 2012

Ajk Surau,Ustz Hasnan Kasan,Fasilitator serta peserta tajaan MPKj.

Peserta -peserta lelaki bergambar bersama Ustaz Hasnan Kasan.

Di hari terakhir program ini,iaitu majlis penutup,ibubapa telah dijemput ke majlis tersebut sebagai tanda sokongan dan keperihatinan tehadap anak-anak dan turut serta dalam ceramah khas untuk ibubapa.Tajuk:SMART keibubapaan-Rumahku Syurgaku.Penceramahnya adalah Ustaz Hasnan  Kasan.

Harapan saya semoga peserta -peserta termasuk anak-anak saya dapat melatih diri dan mempraktikkan apa yang diajar dalam program tersebut supaya melakukan kewajipan solat.Insyaallah ,jika anak-anak didedahkan dengan pentingnya solat dari awal lagi,nescaya anak-anak akan melakukan kewajiapan  solat dalam kehidupan seharian dan akan menjadi insan yang berguna dan berkeperibadian muslim kepada agama,bangsa dan negara.

Indahnya duniaku

Suka duka kehidupan,tempat yang jatuh lagi dikenang inikan pula memori terindah dan kenangan manis,semanis wajah anak-anak yang menyinari setiap detik kehidupanku....:)