Thursday, November 8, 2012

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH TAHUN 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Tahun nie thn anak2 ku ambil UPSR.Seperti tahun2 lepas,keputusan UPSR keluar pada minggu akhir persekolahan,tetapi tahun ini dilewatkan.Kenapa yea?..tak seronoklah.Macam tahun lepas diorang dapat berkongsi kegembiraan dengan pelajar lain & ibubapa yang hadir yang masa tu sekolah turut mengadakan hari kecemerlangan dan penyampaian hadiah.Tak sabar menunggu keputusan UPSR nie..bimbang ada,resah ada...tup..tup semalam keluar paper menyatakan keputusan UPSR akan keluar pada 19 November 2012 pulak.....lambat betul...


KENYATAAN AKHBAR

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2012

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Pada tahun ini seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
6 November 2012

Thursday, November 1, 2012

Birthday Hana Safiyyah

Assalamualaikum dan selamat petang......
Tanggal 25 Oktober 2012 yang lepas,genap 8 tahun umur Hana Safiyyah anak ke 4 daripada 6 orang adik-beradik.Kuat menangis apabila selalu dikacau oleh abangnya,sering menjadi peneman kakaknya  awal pagi dikala kakaknya ingin mandi utk ke sekolah.Petah berkata-kata,tetapi buat kerja selalu lambat termasuklah time nak mandi.Kalau jam tak menunjukkan pukul 8.30malam,takkan mandi,lepas balik sekolah suka main-main game.....tak disuruh takkan buat......Haaa,nilah dia serba sedikit sikap yang ada pada dirinya......


Ok.Sempena birthdaynya,dia minta kek,so belikan kek Tiramisu yang sedap ini.Harganya taklah mahal RM22.00 jer.Mama doakan semoga menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat,semoga  diberikan kesejahteraan hidup,menjadi anak yang solehah dan tidak lupa pada ibubapa dan agama.


HAPPY BIRTHDAY TO YOU - HANA SAFIYYAH


Saturday, October 27, 2012

Dutch Lady & Yaya


 Assalamualaikum dan salam sejahtera......
Masa nie shopping barang dapur sekali kat Econsave ,Kajang.
 Ni cerita Yaya & Dutch Lady...sejak 6 bulan hingga kini umur Yaya  4 tahun lebih,masih lagi minum susu Dutch Lady,Yaya suka yang perisa biasa tapi yang ada madu.Pernah sekali beli yang tak de madu,masa tu umurnya lebih kurang 7 bulan,langsung tak mau minum.......Sejak  itu,kalau nak beli susu Dutch Lady nie ,kena pastikan yang mengandungi madu.


 Yaya memang cukup suka minum susu Dutch Lady nie.Selain itu,dapat membantu melancarkan pembuangan air besar.Sebelum gunakan susu ini,Yaya ada jugak minum susu Dumex,tapi najisnya keras.Setiap kali minum susu Dumex(skrg nie dah tukar nama ke Dugro),je memang sembelit bila dia nak buang air besar.



 Ha,tengok tu,2 paket lagi dia sumbat dalam troli kecik dia....nak yg pack besar pulak tu.......pengsan mama...hahahah...

Ikea lagi....2 hari berturut dtg,nak cari kitchen cabinet..

Assalamualaikum dan salam Aidil Adha utk semua pengunjung2 blog ini.....
Dah lama rasanya tak update N3 kat sini.....x boleh jadi nie,kena jugak update walau sikit pun...

Diam tak diam,dah tinggal beberapa hari lagi nak masuk bulan baru......Bulan depan kami kena keluar rumah yang disewa selama 10 tahun ini.Nasib baik kami ada beli rumah yang berhampiran dengan kawasan rumah yang kami beli & yg nak duduk ini.Masih lagi berada dlm kawasan yang sama .....
Pengubahsuaian rumah masih lagi diteruskan,tetapi masih ada juga yg belum siap sepenuhnya.
Risau jugak dibuatnya,memandangkan tinggal lagi beberapa hari lagi & tempohnya dh nak habis......
Agak2 dalam 80% siap dah........

 Memandangkan banyak benda2 nak di beli termasuk kitchen cabinet,deko2 bilik tidur,living room,kami membuat "surve" kat IKEA Damansara.Dah 2 hari berturut2 kami pergi ke sana.....dan ni kali 5 kami pergi ke Ikea.Ada yang berkenaan di hati.....memang naik gila betul dengan deko2 bilik tidut,bilik mandi,ruang tamu ....banyak lagilah......

 Tengok2 dulu mana yg berkenaan,bila dh cukup duit bolehlah angkut masuk troli...hehehe,tp cabinet kitchen nie mmg best kalau dpt....

En hubbyku ,tgh tengok2,belek2 ruangan kabinet dapur.....

Tempat rak2 periuk& sudu2 yang terdapat di dapur....

Kabinet dapur yang gantung ,salah satu idamanku....

 Adik & abang ,suka  pusing2kan kerusi bila duduk kat kerusi tu....

 Kalau dapat set2 kabinet nie kan best......boleh jugak diletakkan di bilik bacaan....memang sesuai sangat...taklah mahal mana pun....

 set pinggan mangkuk yang cantik...


Cik Fifi meneray kerusi kecik tu,seronok sangat bila dia dpt duduk kat situ.....


Ambik gambar dihadapan cermin besar....

Meluangkan masa bersama suami dan anak-anak melalui jalan2 sambil tengok2 barang di IKEA nie akan dijadikan kenangan dan akan dimemorikan didalam blog ini...utk tatapan anak2 bila mereka dewasa kelak.....anak2 teruja sangat bila sampai ke bahagian set bilik tidur kanak-kanak....



Tuesday, October 2, 2012

Penyakit Jantung

 PENYAKIT JANTUNG


Punca

  • Usia-Risiko tinggi selepas menopaus
  • Kolestrol berlebihan
  • Tekanan darah tinggi
  • Merokok
  • Gaya hidup di bawah tekanan tinggi
  • Lemak berlebihan.Ukuran lilit pinggang melebihi 80 cm meningkatkan risiko sakit jantung
  • Kurang bersenam
  • Kencing manis atau diabetes
  • Sejarah keluarga


 Tanda serangan

  • Sakit dada
  • Sesak nafas
  • Pening kepala
  • Jantung berdebar


Faktor
1.Asap rokok

  • Mempercepatkan pembekuan darah
  • Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah
  • Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung

2.Tekanan

  • Degup jantung dan tekanan darah akan meningkat jika seseorang itu mengalami tekanan perasaan
  • Kandungan lemak tinggi
  • Lebih tinggi kandungan lemak.lebih berbahaya.Makanan yang tinggi lemak termasuk mentega,minyak sapi dan daging

3.Kurang bersenam

  • Senaman penting untuk menguatkan jantung.Ia juga mampu memperbaiki pengaliran darah ke jantung

4.Darah Tinggi

  • Darah tinggi mengalakkan berlakunya penyempitan saluran darah.Jantung "terpaksa"mengepam lebih kuat untuk menyalurkan darah melalui saluran yang sempit.Lebih tinggi tekanan darah,lebih besar peluang diserang sakit jantung

5.Kencing manis

  • Pesakit kencing manis lebih tinggi peluang untuk mendapat serangan jantung


Faktor lain yang meningkatkan kemungkinan menghadapi penyakir jantung koronari:

  • Keturunan menghidap penyakit jantung
  • Berusia 35 tahun ke atas dan berat badan berlebihan 
  • Merokok
  • Gawal kawal tekanan darah
  • Hidap penyakit kencing manis
  • Tekanan
  • Kurang bersenam


Mengurangkan risiko sakit jantung

  • Berhenti merokok
  • Mengambil ubat dan mengawal pemakanan jika mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis
  • Kawal tekanan
  • Banyakkan memakan daging putih seperti ayam dan ikan serta jangan terlalu kerap memakan daging merah seperti daging lembu,kambing,kerbau dan yang sepertinya
  • Mula bersenam Gentian serat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian lemak atau kolestrol ,oleh itu pakar pemakanan mempercayai makanan bijirin dapat mengurangkan jumlah kolesrtol yang diserap badan.

Sumber:dipetik dari Harian Metro Ahad,30 September 2012


Tuesday, September 25, 2012

Koleksi Free Gift

Salam manis dan selamat petang semua.....
Dah lama betul tak update N3 kat blog ini,entah kenapa rasa rindu pulak pada 2nd blog ini.....
Oklah hari nie nak letak gambar-gambar koleksi free gift je,kalau nak baca N3 nya ,klik link yang disertakan mengikut gambar......


 PERIUK NASI GELOMBANG MIKRO.N3nya  di sini .


 LUNCH BOX SET WITH FORK & SPOON
N3 nya di sini.



POP UP AIRTIGHT CANISTER
N3 di sini ...

p/s saya  memang suka sangat mengumpul barang-barang ,lagi2 kalau barangnya dapat secara percuma.....

Monday, September 10, 2012

Jom kita amalkan...

Bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak yang menhadapi peperiksaan UPSR,marilah kita amalkan ini....


Sumber dari FB

Saturday, September 8, 2012

Gi kedai buku,cari lain,lain yang terpandang....

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Semalam petang,berkesempatan untuk pergi ke kedai buku.....sebenarnya niat asal nak cari buku aptitute untuk anak tahun 6,malangnya tak ada....puas cari-cari,last sekali baru tanya cashier,dia kata tak ada.....
pandang punya pandang,terpandang....buku novel "KERANA SEBIJI EPAL"...wah !banyak betul novel Kak Shahriah kat kedai buku tu....agaknya baru sampai rasanya.....ceruk  sana ada,gi ceruk sini pun ada...

 Tebal jugak buku novel nie,agaknya boleh habis tak dalam sehari baca...kihkihkih......

Novel  SETITIS KASIH dah saya dapatkan....free je,penulisnya sendiri yang bagi..hehehe...bestkan dapat buku free....masih tak berkesempatan lagi nak baca,sibuk sangat2 dengan hal2 rumah & anak2......

Friday, September 7, 2012

Dah dapat apa yang diimpikan...

 Beli Samsung Galaxy Note,bukan sebab nak menunjuk-nunjuk,cuma nak berkongsi kegembiraan dengan teman-teman....padahal handset kat tangan dah ada 2 dah,tak cukup2 lagi ke?....hehehe...bukan apa,memula tu,ingatkan handset yg satu tu rosak,tanpa dibetulkan dulu terus je cari handset lain...memang dah surve kat google ttg Samsung Galaxy Note nie,functionnya pun banyak,...dan yg menarik sekali dia punya cover tu cam purse lah pulak.Harganya cover tu mahal juga ko....tapi dapat harga Samsung Galaxy Note tu murahlah sikit,tu pun beli kat Mines Shopping Fair,Seri Kembangan.

 Bila dah ada benda alah nie depan mata,dah tak teringat2 dah....selalunya selagi belum dapat,terbayang2 jugaklah....nak cari yg kaler pink tapi x de,ada yg hitam dan putih je,..last2 amik je yg hitam...hitam pun hitamlah,tetap menawan....


Nampak tak tu covernya macam purse kan...cantik sangat!gembiranya hati ,bila apa yang ita nak,dah tercapai....Haaa....jangan lupa tiap2 bulan,bayarlah.......jangan tak bayar..hikhikhik....

Tuesday, August 28, 2012

Sekeliling laman kampungku...




 Sekeliling rumah mak penuh dgn tanaman pokok pisang,mempelam,pokok kunyit yg segar..daunnya melebar besar,nampak subur sungguh......pokok limau bali yg ku kasi mak pun mula meninggi sikit.3 @4 tahun lagi mungkin akan membuahkan hasil,jadilah dusun kat kawasan rumah.....Arnab pun mak bela juga,hasil daripada 2 ekor pemberian jiran selang sebuah rumah.....bila dh sekandang sepasang tu,membiaklah ia.....mak kata,arnab tu akan melahirkan anak sehingga 5 ekor dalam satu2 masa........Tapi sayangnya,belum sempat besar,masih merah2 lagi dah dibaham oleh kucing yang kelaparan.......

 Pokok mempelam nie baru mengeluarkan bunga.....ada yg dh berbuah.....

 Pokoknya yg rendang,sesuai utk dijadikan tempat berteduh...berdekatan dengan kandang arnab....Wah!bila dh banyak buahnya,pasti puas makan mempelam nie.......makam cicah sambal kicap @buat kerabu mangga pun sedap.......

 Pokok kacang botol pun ada,yg nie senang nak tanam,jenis pokok yang memanjat,suka juga makan kacang botol sebagai ulaman.Kekadang tu,bila nak makan petik je kat tepi rumah........


 Anak2 suka sangat main dgn arnab,yg sikecik nie kena tgk2kan kalau dia main dgn arnab,takut di baling@bantainya anak arnab tu.....Kecik hati mak nanti.Mak mmg sayang arnab tu,lagi2 yg anak2nya.......Kalau anak2 @cucu2 dh balik ,kan sunyi....tulah peneman mak dikala sunyi......
 Arnab tu tgh berak,yg bulat hitam sebelah telurnya tu adalah tahinya......Tulah gaya arnab bila mana dia nak berak.......
 Anak arnab nielah jadi manga anak2 ku....geram punya pasal,kekadang tu sampai dicekik2 nya....

 Wawa pun tak ketinggalan jugak suka sangat main dgn arnab,pernah jugak dia suruh beli arnab.....katanya dia suka sgt arnab,.....kat rumah pun dia bersungguh nak bela ikan laga....
 Manja anak arnab nie,sofia pangku anak arnab tu........memang dah jinak.

Fifi sibuk nak bagi makan kangkung.....sekarang nie ada 4 ekor,2 ekor anaknya....4 ekor dah diambik adik2 yg lain...kalau bulunya hitam warna biji matanya pun hitam,tapi kalau bulunya putih warna matanya merah.....cuma ku je yg belum dapat,anak2 asyik tanya nak bela arnab ....mama jawab nantilah tunggu dia beranak lagi,kita ambiklah...sabar yea.....

Wednesday, August 15, 2012

Koleksi Sampul Duit Rayaku.........

 Aku memang suka mengumpul sampul2 duit raya nie......cantik,kalau ada banyak2,bermacam-macam kaler lagi best,memang seronok ada hobi macam nie.....Kekadang tu bila nak gi kenduri kawin boleh jugak gunakan sampul ini untuk bagi sumbangan kat tuan rumah@mak ayah pengantin ..........Dah tak yah nak beli2...
 Ini sampul duit yang terkini 2012.Yang lain-lain tu,semuanya tahun yang lepas-lepas,mungkin ada yang dah mencecah 3,4,5@6 tahun . Pemberian dari staf Ambank,semenyih..Kak Ina....Thanks yea kak,memang tiap2 tahun Kak Ina akan bagi kitorang,selaku staff PPB....seorang dapat 5 bungkus,banyak tuh!...........Bayangkanlah kalau PPB ada 12 staff.......tu belum termasuk doktor2 sekali......
 Sampul nie mungkin  tahun lepas 2011 dari Kak Ina,Ambank jugak.......

Sampul duit nie dapat masa gi service Rush tempoh hari........

 Dari Affin Bank....
 Nie pun sama juga dari Kak Ina....


 Ada yg dari pasaraya Billion...

 Dari Pasarayaku,shopping kt situ melebihi RM100 dapatlah nie.....


 Hah ! tuuuuu dia banyaknya sampul duit raya.Nak sikit boleh tak???KOleksi sampul duit raya yg ku kumpul dan simpan sehingga kini........tu pun ada dah bagi2 kat emak dan adik2......belum lagi yang anak2ku main,kemudian buang........

 Kebanyakkan sampul nie dapat dari Ambank....Maybank pun ada tapi tak sebanyak ini,adalah 1@2 paket...

 Kotak rahsia yang menempatkan segala koleksi sampul duit raya,barang2 perhiasan.....


Rasanya sampul2 duit raya nie ada yg dah mencecah ke 5 @6 tahun,tetapi masih elok lagi,bersih kerana tak terusik,masih lagi dalam plastiknya........mungkin kerana ku tak banyak bagi duit raya kat orang kot.....hikhikhik....Semua sampul2 duit yang ku terima nie berwarna hijau......macam tau2 je,yelah aku kan peminat setia hijau gituuu!.........

Indahnya duniaku

Suka duka kehidupan,tempat yang jatuh lagi dikenang inikan pula memori terindah dan kenangan manis,semanis wajah anak-anak yang menyinari setiap detik kehidupanku....:)