Thursday, November 1, 2012

Birthday Hana Safiyyah

Assalamualaikum dan selamat petang......
Tanggal 25 Oktober 2012 yang lepas,genap 8 tahun umur Hana Safiyyah anak ke 4 daripada 6 orang adik-beradik.Kuat menangis apabila selalu dikacau oleh abangnya,sering menjadi peneman kakaknya  awal pagi dikala kakaknya ingin mandi utk ke sekolah.Petah berkata-kata,tetapi buat kerja selalu lambat termasuklah time nak mandi.Kalau jam tak menunjukkan pukul 8.30malam,takkan mandi,lepas balik sekolah suka main-main game.....tak disuruh takkan buat......Haaa,nilah dia serba sedikit sikap yang ada pada dirinya......


Ok.Sempena birthdaynya,dia minta kek,so belikan kek Tiramisu yang sedap ini.Harganya taklah mahal RM22.00 jer.Mama doakan semoga menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat,semoga  diberikan kesejahteraan hidup,menjadi anak yang solehah dan tidak lupa pada ibubapa dan agama.


HAPPY BIRTHDAY TO YOU - HANA SAFIYYAH


No comments:

Post a Comment

Indahnya duniaku

Suka duka kehidupan,tempat yang jatuh lagi dikenang inikan pula memori terindah dan kenangan manis,semanis wajah anak-anak yang menyinari setiap detik kehidupanku....:)