Tuesday, October 2, 2012

Penyakit Jantung

 PENYAKIT JANTUNG


Punca

  • Usia-Risiko tinggi selepas menopaus
  • Kolestrol berlebihan
  • Tekanan darah tinggi
  • Merokok
  • Gaya hidup di bawah tekanan tinggi
  • Lemak berlebihan.Ukuran lilit pinggang melebihi 80 cm meningkatkan risiko sakit jantung
  • Kurang bersenam
  • Kencing manis atau diabetes
  • Sejarah keluarga


 Tanda serangan

  • Sakit dada
  • Sesak nafas
  • Pening kepala
  • Jantung berdebar


Faktor
1.Asap rokok

  • Mempercepatkan pembekuan darah
  • Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah
  • Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung

2.Tekanan

  • Degup jantung dan tekanan darah akan meningkat jika seseorang itu mengalami tekanan perasaan
  • Kandungan lemak tinggi
  • Lebih tinggi kandungan lemak.lebih berbahaya.Makanan yang tinggi lemak termasuk mentega,minyak sapi dan daging

3.Kurang bersenam

  • Senaman penting untuk menguatkan jantung.Ia juga mampu memperbaiki pengaliran darah ke jantung

4.Darah Tinggi

  • Darah tinggi mengalakkan berlakunya penyempitan saluran darah.Jantung "terpaksa"mengepam lebih kuat untuk menyalurkan darah melalui saluran yang sempit.Lebih tinggi tekanan darah,lebih besar peluang diserang sakit jantung

5.Kencing manis

  • Pesakit kencing manis lebih tinggi peluang untuk mendapat serangan jantung


Faktor lain yang meningkatkan kemungkinan menghadapi penyakir jantung koronari:

  • Keturunan menghidap penyakit jantung
  • Berusia 35 tahun ke atas dan berat badan berlebihan 
  • Merokok
  • Gawal kawal tekanan darah
  • Hidap penyakit kencing manis
  • Tekanan
  • Kurang bersenam


Mengurangkan risiko sakit jantung

  • Berhenti merokok
  • Mengambil ubat dan mengawal pemakanan jika mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis
  • Kawal tekanan
  • Banyakkan memakan daging putih seperti ayam dan ikan serta jangan terlalu kerap memakan daging merah seperti daging lembu,kambing,kerbau dan yang sepertinya
  • Mula bersenam Gentian serat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian lemak atau kolestrol ,oleh itu pakar pemakanan mempercayai makanan bijirin dapat mengurangkan jumlah kolesrtol yang diserap badan.

Sumber:dipetik dari Harian Metro Ahad,30 September 2012


No comments:

Post a Comment

Indahnya duniaku

Suka duka kehidupan,tempat yang jatuh lagi dikenang inikan pula memori terindah dan kenangan manis,semanis wajah anak-anak yang menyinari setiap detik kehidupanku....:)