Wednesday, July 3, 2013

Arnab peliharaan

Assalamualaikum...
Entry hari ini adalah tentang arnab peliharaan anak saya,Azwa.Asalnya ada 2 ekor saja arnab kat kampung.Itupun hasil dari pemberian jiran selang sebuah rumah dari rumah emak saya.

Jiran tu bagi pun sebab cucunya yang suka main dengan arnab.Bila dah main-main dengan arnab,mulalah kena alahan daripada bulunya.Mula-mula batuk,selsema...lama kelamaan diserang asthma pulak.
Disebabkan bulu arnab inilah cucunya asyik sakit saja dan ada kalanya terpaksa ditahan di wad.

Kebetulan mak di kampung sunyi,memang eloklah kalau bela arnab,bolehlah jugak main-main dengan arnab ,belai2 bulunya....kadang2 tu tgk je pun dah rasa happy.


Daripada sepasang,sekarang nie dah lebih dari 20 ekor termasuk anak-anaknya.Arnab nie,kalau beranak bukan sekor yang keluar,malah seekor arnab betina boleh mengeluarkan 7 hingga 8 ekor  dalam satu-satu masa.Sejurus saja arnab betina beranak,anak-anaknya harus dipisahkan tempat tinggalnya.Takut dikhuatiri,ibunya akan memakan anaknya sendiri,disakiti oleh ibunya dengan memijak anak2nya atau menindih anaknya dengan badannya.

Hanya akan disatukan bila masa untuk menyusu,itupun kena pegang tangan dan kaki ibu arnab.Baringkan mengiring si ibu arnab,kaki dan tangannya kena pegang dengan kuat supaya kakinya  tidak menolak-nolak semasa anak-anaknya menyusu.Letakkan anak-anaknya ditengah-tengah badan si ibu supaya anak-anaknya dapat menghidu dan mencari sendiri puting susu si ibu.


Apabila si anak tadi sudah kenyang,si anak tadi akan melepaskan sendiri puting susu ibunya dan si anak akan ketiduran akibat kekenyangan.Bila tengok gelagat anak arnab nie menyusu adakalanya tergelak dibuatnya..Masing-masing berebut nak mencari puting dan ada jugak anaknya yang bertolakkan sesama sendiri.Kalau saiz badan yang kecil,agak mengalah sedikit memandangkan si anak yang badan bersaiz besar tidak mahu mengalah.






Comel kan anak-anak arnab nie,nak jer peluk cium,tido bersama,main guling2,lompat2.....cubit2....eeeeee geramnyal!!!!!....


Anak saya nie,pantang kalau nampak anak2 arnab,mau di picit2nya,dicekik lehernya pun ada.Itupun suruh dia letak bawah kejap,nak tangkap gambar.Habis tangkap dipegangnya semula dan ditekan2 badannya.Budak pun boleh geram tengok anak arnab ini,inikan pula saya....hahahah.....

Anak yang dari ibu yang sama dengan anak arnab ini ada 5 ekor.3 daripadanya anak saya bawa ke Bangi.Dia nak bela katanya,sunyi...kalau ada arnab kan boleh main-main kejaran.Makanan arnab pun hanya tahan 3@4 hari jer dalam 1kg.Nasib baik harga 1 kg hanya RM1.70.




Tapi yang sedihnya,2 daripada 3 ekor anak arnab itu sudah mati.Mungkin disebabkan faktor cuaca..Dalam bulan Februari 2013 tu cuaca memang panas terik.Dan keadaan kandangnya yang sempit menyukarkan arnab itu untuk mencari kawasan teduhan dari cahaya matahari.Akibat daripada kepanasan yang melampau itu,2 ekor arnab mati.Yang seekor tu hidup kerana dapat tempat teduhan yang redup.



Dua ekor arnab yang mati itu,saya tanam di tepi kawasan padang.Buat satu lubang,masukkan 2 ekor sekali dalam lubang  dan timbus dengan tanah yang banyak.Tanam pun dekat -dekat nak malam,takut orang nampak.Kang orang salah tafsir pulak!.dikatanya aku tanam bayi .....haaa,kan dah susah,  isu panjang pulak jadinya!!!....


Anak-anak arnab yang dekat kampung tu semuanya dah besar-besar dah.Ada yang emak jual dan ada jugak yang disembelih dan dimakan.Kebetulan masa awal bulan Jun tu,mak buat kenduri yassin dan tahlil mak ambil 8 ekor arnab yang besar-besar,hantar kedai dan sembelih kat kedai.Semuanya upah orang kedai buat,sembelih,buang bulu dan potong kecil-kecil.Bila dah siap,terus orang kedai itu hantar ke rumah.


Masa nak masak daging arnab nie agak liat sikit,daging tua agaknya.Daging arnab ini mak masak rendang.Rasa dagingnya macam rasa ayam,kakinya badannya pun lebih kurang macam ayam jugak.Teringin nak mencuba makan,tapi tak termakan pun.Mungkin kesibukan memanjang di dapur dengan pinggan mangkuk.

Wednesday, May 15, 2013

Karipap free

 Assamualaikum dan salam sejahtera.....
Dah lama sangat blog nie terbiar,mcm rumah usang yg telah lama ditinggalkan yea tak???..
Hari nie nak kasi blog nie ceria sikit......taklah sepi memanjang jer kan.........
Nak citer sikit pasal kuih karipap nie....
Karipap nie bukan beli,dapat free jer.....kebetulan adik ipar ada dapat tender masak kat satu tempat tu....haaa,bila tak abis tu,dapatlah merasa sikit lebihan kuih nie.....
dah x payah nak beli2.....bila time ptg jer,sampailah dia kat umah aq.....nak hantar kuih nielah......kekadang tu ada 2 jenis..kekadang 1 jenis jer.....ikutlah mana yg tak habis tu akan di poskan kt sini.....

Ada sapa2 yg tak suka makan karipap nie???.......haaaa,mesti sume suka kan!!!!!...

Apalagi ,jom !!! makan.......
uwiit,nanti dulu,dah baca bismillah lum??........kalau dh ,jom makan!......

Friday, April 5, 2013

Tahniah utk pelajar2 SK Jln 6 BBB

Assalamualaikum....



TAHNIAH!!! ASMA & AZWA......

Tahniah juga diucapkan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam UPSR 2012 di SK Jalan 6,Bandar Baru Bangi.Di atas adalah senarai nama-nama pelajar tersebut.
Tahniah jugak utk guru2 Sk Jln 6 dan ibubapa yang berjaya mendidik mereka....

 23/2/13  mesyuarat PIBG ke 27/2013 di SK Jalan 6.Dan 2 hari yang lepas juga dapat sms dari penyelaras SK Jln 6,memaklumkan Asma' supaya hadir ke sekolah untuk mengambil hadiah untuk pelajar cemerlang 5A.Alhamdullilah,syukur...

Asma turut naik ke pentas untuk mengambil hadiah kecemerlangan UPSR 2012

turut dihiburkan dgn kumpulan kompang sekolah...khabarnya kumpulan kompang ini akan mengambil bahagian dalam pertandingan kompang peringkat sekolah.

hadiah yang diterimanya...


sijil penghargaan dari pihak sekolah.

Thursday, November 8, 2012

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH TAHUN 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Tahun nie thn anak2 ku ambil UPSR.Seperti tahun2 lepas,keputusan UPSR keluar pada minggu akhir persekolahan,tetapi tahun ini dilewatkan.Kenapa yea?..tak seronoklah.Macam tahun lepas diorang dapat berkongsi kegembiraan dengan pelajar lain & ibubapa yang hadir yang masa tu sekolah turut mengadakan hari kecemerlangan dan penyampaian hadiah.Tak sabar menunggu keputusan UPSR nie..bimbang ada,resah ada...tup..tup semalam keluar paper menyatakan keputusan UPSR akan keluar pada 19 November 2012 pulak.....lambat betul...


KENYATAAN AKHBAR

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2012

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Pada tahun ini seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
6 November 2012

Thursday, November 1, 2012

Birthday Hana Safiyyah

Assalamualaikum dan selamat petang......
Tanggal 25 Oktober 2012 yang lepas,genap 8 tahun umur Hana Safiyyah anak ke 4 daripada 6 orang adik-beradik.Kuat menangis apabila selalu dikacau oleh abangnya,sering menjadi peneman kakaknya  awal pagi dikala kakaknya ingin mandi utk ke sekolah.Petah berkata-kata,tetapi buat kerja selalu lambat termasuklah time nak mandi.Kalau jam tak menunjukkan pukul 8.30malam,takkan mandi,lepas balik sekolah suka main-main game.....tak disuruh takkan buat......Haaa,nilah dia serba sedikit sikap yang ada pada dirinya......


Ok.Sempena birthdaynya,dia minta kek,so belikan kek Tiramisu yang sedap ini.Harganya taklah mahal RM22.00 jer.Mama doakan semoga menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat,semoga  diberikan kesejahteraan hidup,menjadi anak yang solehah dan tidak lupa pada ibubapa dan agama.


HAPPY BIRTHDAY TO YOU - HANA SAFIYYAH


Indahnya duniaku

Suka duka kehidupan,tempat yang jatuh lagi dikenang inikan pula memori terindah dan kenangan manis,semanis wajah anak-anak yang menyinari setiap detik kehidupanku....:)