Thursday, November 8, 2012

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH TAHUN 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Tahun nie thn anak2 ku ambil UPSR.Seperti tahun2 lepas,keputusan UPSR keluar pada minggu akhir persekolahan,tetapi tahun ini dilewatkan.Kenapa yea?..tak seronoklah.Macam tahun lepas diorang dapat berkongsi kegembiraan dengan pelajar lain & ibubapa yang hadir yang masa tu sekolah turut mengadakan hari kecemerlangan dan penyampaian hadiah.Tak sabar menunggu keputusan UPSR nie..bimbang ada,resah ada...tup..tup semalam keluar paper menyatakan keputusan UPSR akan keluar pada 19 November 2012 pulak.....lambat betul...


KENYATAAN AKHBAR

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2012

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Pada tahun ini seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
6 November 2012

No comments:

Post a Comment

Indahnya duniaku

Suka duka kehidupan,tempat yang jatuh lagi dikenang inikan pula memori terindah dan kenangan manis,semanis wajah anak-anak yang menyinari setiap detik kehidupanku....:)