Thursday, June 14, 2012

1st Blog-Semanis Epal Hijau

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.....
Entry kali ini SDR nak memperkenalkan blog  SDR yg pertama......Kalau nak tgk,jom klik link kat bawah tu yea ...
***..Semanis Epal Hijau..***
http://hanasafirahidayah.blogspot.com/




Blog SDR ini adalah blog ke2 tuanpunya blog.1st blog  macam blog rojak jugaklah,yelah ada kisah2 kehidupan,resepi dan masak2,info2 semua ada kt situ......Bila dah terbitnya blog ke 2 ini,entry2 yang akan datang akan di postkan ke blog yang sesuai...samada blog Semanis Epal Hijau ataupun blog Salju Danau Rindu.

Tutorial untuk mencantikkan blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera.........
Hasil terjah-menerjah dan godek-mengodek dari  beberapa blog tutorial,dapatlah SDR men"touch-up"kan blog SDR ini.Salah salah blog yang SDR terterjah adalah blog Anys Nadhilah@blurrr4evablur .Blog ini dah pun masuk dlm list blog tutorial di blog SDR tau.Memang banyak betul tuto2 yang ada kat sana tu.Kalau ada sesiapa yg nak bagi blog anda cantik,jom tgk blognya.Terima kasih yea Anys, owner blog yang cantik manis nie ,....yg sudi share tuto2 menarik .
! Smallish Biggish
Anys Nadhilah@blurrr4evablurr.blogspot.com/


Antara tutorial yang SDR suka amik adalah;
  • List Blog Tutorial,klik sini .
  • Tutorial link shadow apabila disentuh,klik sini .
  • Tutorial Link Pelangi,klik sini .
  • Tutorial besarkan Link apabila disentuh, klik sini .

Saturday, June 9, 2012

Madah Inspirasi



Sekarang nie,mood nak pos entry sangat merundum ......cuma di sini SDR nak berkongsi madah dengan teman-teman....Insyaallah,jika kita lalui setiap detik dengan penuh kesabaran,akan  mendapat keredhaan dari-Nya.

Friday, June 8, 2012

Tip mengatasi saat kelahiran

Dan selamat petang.....
Sebagai seorang wanita dan juga isteri,kita mesti ada sedikit sebanyak ilmu tentang kelahiran.Dari saat disahkan mengandung sehingga waktu saat melahirkan.Ini amat penting bagi memastikan saat kelahiran berjalan dengan lancar.Perlu mengetahui persediaan awal,dari segi makanan,pakaian dan cara menjaga kandungan bagi mendapatkan bayi yang sihat.
Gambar dari google.

Hari ini SDR nak kongsi tip-tip untuk mengatasi kesakitan saat melahirkan bayi:


  • Tenaga banyak digunakan saat melahirkan .Oleh itu,digalakkan memakan buah kurma untuk menambah tenaga.
  •  Minum minyak zaitun secara rutin selama kehamilan juga boleh melancarkan proses  kelahiran.Proses yang cepat dan lancar mengurangkan rasa sakit yang menyerang.
  • Minum madu juga memperkuatkan keupayaan tubuh.
  • Jangan lupa beribadah dengan ikhlas kerana Allah swt.Tidak percuma anda merasa beratnya menghadapi mabuk dan membawa janin di dalam perut selama 9 bulan.Dengan niat tulus,pasti rasa sakit ketika melahirkan cahayamata tidak terasa.
  • Lebih baik berzikir atau membaca ayat-ayat Al-Quran daripada menjerit kesakitan.Menjerit atau menangis menggunakan banyak tenaga.
  • Berusaha menikmati rasa sakit.Percayalah,rasa sakit dapat dikurangkan sedikit demi sedikit.
  • Ingatlah bahawa anda sedang berjihad untuk melahirkan anak yang insyaallah akan menjadi pemimpin di masa hadapan.
Doa ketika kelahiran:





p/s Alhamdullilah,seramai 6 orang anak ini,saya ada juga amalkan tip2 diatas,walaupun tak semua.Dari pengalaman saya,semasa berada di labour room ,memang selalu terdengar orang terjerit sana,terjerit sini.Lebih baik simpan tenaga untuk saat meneran nanti.

Sumber:Mingguan Wanita September 2011.

Sunday, June 3, 2012

Kem Solat Bestari Remaja 2012


Assalamualaikum......

Cuti persekolahan  pertengahan tahun ini sangat2 bermakna kerana percutian anak2 saya dipenuhi dengan mengikuti Program Kem Solat Bestari Remaja yang diadakan di Surau At Taqwa Bangi.Program ini adalah anjuran bersama Jawatankuasa Tadbir Surau At-Taqwa dan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat serta dibimbing oleh Ustaz Hasnan Kasan(UKM).

Butir-butir Program Kem Solat Bestari;
Tarikh: 1 June 2012 sehingga 3 Jun 2012(11-13 Rejab 1433H)
Hari   : Jumaat sehingga Ahad
Penyertaan terbuka kepada lelaki dan perempuan (10 tahun-15 tahun)

Dengan adanya program ini anak-anak dapat mengetahui pentingnya solat dalam kehidupan.Peserta telah diberi penekanan tentang kepentingan solat,bimbingan tentang rukun solat,cara-cara yang betul untuk mengerjakan solat,perkara yang wajib dan sunat dalam solat.Selain itu peserta didedahkan dengan teori  & praktikal wudhuk dan Tayammum Taharah,amali azan & istiqamah,Tahsin bacaan dalam solat dan praktikal solat oleh fasilitator.
Peserta perempuan yang mengikuti kem solat bestari 2012

Ajk Surau,Ustz Hasnan Kasan,Fasilitator serta peserta tajaan MPKj.

Peserta -peserta lelaki bergambar bersama Ustaz Hasnan Kasan.

Di hari terakhir program ini,iaitu majlis penutup,ibubapa telah dijemput ke majlis tersebut sebagai tanda sokongan dan keperihatinan tehadap anak-anak dan turut serta dalam ceramah khas untuk ibubapa.Tajuk:SMART keibubapaan-Rumahku Syurgaku.Penceramahnya adalah Ustaz Hasnan  Kasan.

Harapan saya semoga peserta -peserta termasuk anak-anak saya dapat melatih diri dan mempraktikkan apa yang diajar dalam program tersebut supaya melakukan kewajipan solat.Insyaallah ,jika anak-anak didedahkan dengan pentingnya solat dari awal lagi,nescaya anak-anak akan melakukan kewajiapan  solat dalam kehidupan seharian dan akan menjadi insan yang berguna dan berkeperibadian muslim kepada agama,bangsa dan negara.

Indahnya duniaku

Suka duka kehidupan,tempat yang jatuh lagi dikenang inikan pula memori terindah dan kenangan manis,semanis wajah anak-anak yang menyinari setiap detik kehidupanku....:)