Friday, August 30, 2013

Contest:Family Potret Raya

Dah lama tak join contest@GA....sebelum nie join guna blog yang first,SEMANIS EPAL HIJAU....
Hari nie nak buat entry contest yang dianjurkan oleh Notadyatie kat blog nie pulak....
Asalnya jumpa contest join kat blog Asyifamustaffa ......
Manalah tau ada rezeki......sesaja nak mencuba...tapi kalau dapat 1st winner pun ok gak!....huhuhu


FAMILY POTRET RAYA 2013

Ini 1st year kami mempotretkan gambar Hari Raya ini di rumah iaitu di FELDA PEMANIS SATU,SEGAMAT JOHOR.Keluarga besar emak,Puan Kaseh Kamin ini mempunyai anak seramai 10 orang,yang terdiri daripada 4 lelaki dan 6 orang perempuan.Saya anak ke 2 dan mempunyai 6 orang anak.Cucu Pn Kaseh seramai 17 orang.Bila balik semuanya memang riuh rendah dengan keletah dan gelagat anak-anak dan cucu,yang menangislah,merenggek,yang menjerit2 pun ada.........bingit juga telinga dibuatnya...bila tak tahan dengar,masuk bilik kunci pintu....aman sikit.
Tengok tu masing-masing nak jugak tunjukkan duit raya yang diorang dapat,musim raya kan!tak kira kecil besar,tua muda..semuanya ada yang memberi dan menerima......yang penting ikhlas dari hati yang memberi....pernah dengar kan pepatah ini "tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima"
Ok ,sapa nak join jomlah ada masa lagi.....penghujung contest ini sampai 30 Syawal.....masih sempat lagi  nie....
Syarat dan terma  di SINI...



No comments:

Post a Comment

Indahnya duniaku

Suka duka kehidupan,tempat yang jatuh lagi dikenang inikan pula memori terindah dan kenangan manis,semanis wajah anak-anak yang menyinari setiap detik kehidupanku....:)