Artikel yang sangat bermanfaat untuk kita sebagai ibu bapa baca....jadi saya entrykan di sini untuk dikongsi bersama......tambahan pula cuti sekolah pun dah bermula,eloklah rancang cuti sekolah anak-anak supaya masa tidak terbuang begitu saja.....
Sumber:Majalah NUR Dis 2010.
Ini adalah masa untuk mereka berehat sebelum masuk ke sesi persekolahan baru pada tahun akan datang.Seringkali mereka merancang dan mengatur aktiviti sendiri dan pasti ianya yang meyeronokkan dan dipenuhi dengan permainan.
Playstation,permainan komputer,menonton tv dan melakukan aktiviti bersama kawan-kawan berada dalam senarai teratas aktiviti harian mereka.Tidak dinafikan semua anak-anak akan berbuat demikian ,namun sebagai ibu bapa kita seharusnya kerlibat sama merancang percutian itu agar ia diisi dengan perkara-perkara bermanfaat.
Kita harus ingat,masa adalah satu ciptaa Allah yang amat berharga.Ia adalah satu hadiah yang dianugerahkan kepada semua makhluk,dan anugerah ini berterusan sehingga hari kiamat.Ia seperti air yang mengalir.Jika tidak dibendung,Jika tidak diceduk,jika tidak diambil,ia akan berlalu dan terus meninggalkan kita buat selamanya.
Sebagai orang yang lebih matang dan mempunyai lebih banyak pengalaman daripada anak-anak sudah tentu kitalah yang bertanggungjawab memandu anak-anak ke arah yang lebih baik.
Bagaimana anak-anak kita menghabiskan cuti panjang ini,akan memberi kesan sedikit sebanyak kepada kejayaan mereka seterusnya di medan persekolahan,ia juga membantu mereka menghadapi alam remaja dan dewasa kelak,dan membina mereka menjadi insan yang cemerlang.
MEMBINA SAHSIAH DAN PERIBADI
Kita tidak boleh biarkan anak-anak menghabiskan masa cuti sekolah mereka dengan bermain saban hari.Atau kita biarkan mereka mencari keseronokkan bersama kawan-kawan mereka sahaja.Kita juga tidak boleh menganggap bahawa pendidikan anak-anak kita berhenti atau berehat sebentar pada bulan-bulan cuti sekolah.Persepsi sedemikian akan mengundang bencana dan membawa kerugian jangka panjang.
Percutian hujung tahun adalah waktu yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak yang bersekolah.Cuti panjang hampir 2 bulan adalah waktu untuk mereka berseronok dan melupakan sebentar urusan persekolahan dan peperiksaan.
Sebaliknya,kita perlu lihat masa cuti sekolah ini sebagai masa yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya.
5 Cara ingatkan anak-anak:-
1.Masa perlu diisikan dengan program-program dan aktiviti-aktiviti yang dapat membina sahsiah dan keperibadian yang lebih baik dalam diri anak-anak.Cara ini kita dapat merapatkan lagi perhubungan kekeluargaan antara kita dan anak-anak.
2.Cuti sekolah ini perlu dilihat dari dua perspektif.Pertama,untuk memberi peluang kepada anak-anak berehat sebentar dan menikmati aktiviti yang mereka gemari,sebelum memulakan sesi persekolahan yang baru.
3.Perspektif kedua ialah untuk kita mengisi masa anak-anak dengan pendidikan dan pembangunan diri yang tidak dibekalkan di sekolah mereka.Kita perlu imbangi antara kedua-dua ini.Anak-anak tidak boleh diberikan terlalu banyak masa untuk berhibur dan bermain pada masa cuti ini kerana ini akhirnya akan memberikan satu isyarat kepada mereka bahawa memanfaatkan masa lapang bukan satu perkara yang penting.
4.Nasihatkan dan sentiasa mengingatkan kepada anak-anak bahawa masa itu satu komoditi,satu anugerah Allah yang sangat berharga ia tidak akan berulang dan tidak boleh dijual beli.Ini sangat ditekankan dalam Islam .
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara:muda sebelum tua,sihat sebelum sakit,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit,hidup sebelum mati"(Hadis sahih riwayat Hakim).
Hadis ini perlu sentiasa kita ingat dan perlu kita tanamkan dalam diri anak-anak kita,agar apabila mereka besar kelak,sifat menghargai masa dan tidak mensia-siakan sudah menjadi sebati dalam diri mereka.Pentingnya hadis ini sehingga dijadikan sebuah nasyid oleh sebuah kumpulan nasyid yang terkenal,agar ia dihafal dan sentiasa diingati oleh anak-anak kita.
5.Ceritakan sirah nabi kepada anak-anak di mana Rasulullah s.a.w memperingatkan kita agar merebut waktu muda kerana ia adalah zaman pembinaan mental dan rohani.Ia adalah zaman menimba ilmu pengetahuan dan pembangunan akhlak yang dituntut oleh Islam sebagai bekalan untuk sepanjang hayat kanak-kanak itu.
Lihat apa yang kurang penekanan di sekolah anak-anak kita.Jika pembelajaran agama Islam tidak ada dalam kurikulum sekolah anak-anak kita.Maka inilah masanya untuk kita rebut bagi menampal kekurangan tersebut.Hantarlah anak-anak kita ke kelas-kelas,bengkel atau perkhemahan yang menawarkan pendidikan agama Islam.Tidak lupa juga pendidikan membaca Al Quran yang merupakan satu aspek yang sangat penting dalam kehidupan sebagai orang Islam.Pastikan anak-anak tidak buta huruf Al Quran atau lemah membaca Al Quran kerana ia akan membawa malapetaka dan bencana pada diri kita sebagai ibu bapanya dan juga kepada anak tersebut.
Galakkan anak-anak menyertai program-program berbentuk keagamaan dan ilmu yang dianjurkan oleh masjid-masjid,pertubuhan-pertubuhan ,malah syarikat -syarikat swasta juga.
Isikan masa cuti anak kita dengan memberikan pendidikan yang tidak ditawarkan di sekolah mereka.Kita memanfaatkan anugerah masa ini dengan sebaik-baiknya.
Rapatkan hubungan keluarga
Namun,dalam keghairahan kita mengisi masa mereka dengan pendidikan dalam masa cuti sekolah ini,jangan lah kita lupa bahawa cuti sekolah adalah cuti dari sekolah.Oleh itu,kita perlu berikan masa untuk anak-anak kita menikmati waktu cuti sekolah mereka ini dengan aktiviti -aktiviti yang mereka gemari,tetapi dalam masa yang sama ada batasnya.Gunakan masa cuti ini juga untuk merapatkan lagi keakraban kekeluargaan antara kita dan anak-anak kita..
Keluarkan sekeluarga ke tempat-tempat menarik,berkelah dan sebagainya.Keluarga yang bahagia adalah asa bagi pembangunan jiwa anak yang baik.Anak-anak kita mendambakan kasih sayang kita.Mereka sentiasa dahagakan keseronokkan berjalan bersama ibubapa serta adik-beradik mereka.Mereka akan kenang sehingga tua aktiviti kekekuargaan yang diadakan oleh ibubapa mereka.
Oleh itu,rebutlah peluang cuti sekolah ini dengan mengisinya dengan program-program yang memberi manfaat kepada pembangunan mental dan rohani mereka.
Frman Allah s.w.t:
Maksudnya:Demi masa!sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian.Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.