Saturday, October 27, 2012

Dutch Lady & Yaya


 Assalamualaikum dan salam sejahtera......
Masa nie shopping barang dapur sekali kat Econsave ,Kajang.
 Ni cerita Yaya & Dutch Lady...sejak 6 bulan hingga kini umur Yaya  4 tahun lebih,masih lagi minum susu Dutch Lady,Yaya suka yang perisa biasa tapi yang ada madu.Pernah sekali beli yang tak de madu,masa tu umurnya lebih kurang 7 bulan,langsung tak mau minum.......Sejak  itu,kalau nak beli susu Dutch Lady nie ,kena pastikan yang mengandungi madu.


 Yaya memang cukup suka minum susu Dutch Lady nie.Selain itu,dapat membantu melancarkan pembuangan air besar.Sebelum gunakan susu ini,Yaya ada jugak minum susu Dumex,tapi najisnya keras.Setiap kali minum susu Dumex(skrg nie dah tukar nama ke Dugro),je memang sembelit bila dia nak buang air besar.



 Ha,tengok tu,2 paket lagi dia sumbat dalam troli kecik dia....nak yg pack besar pulak tu.......pengsan mama...hahahah...

Ikea lagi....2 hari berturut dtg,nak cari kitchen cabinet..

Assalamualaikum dan salam Aidil Adha utk semua pengunjung2 blog ini.....
Dah lama rasanya tak update N3 kat sini.....x boleh jadi nie,kena jugak update walau sikit pun...

Diam tak diam,dah tinggal beberapa hari lagi nak masuk bulan baru......Bulan depan kami kena keluar rumah yang disewa selama 10 tahun ini.Nasib baik kami ada beli rumah yang berhampiran dengan kawasan rumah yang kami beli & yg nak duduk ini.Masih lagi berada dlm kawasan yang sama .....
Pengubahsuaian rumah masih lagi diteruskan,tetapi masih ada juga yg belum siap sepenuhnya.
Risau jugak dibuatnya,memandangkan tinggal lagi beberapa hari lagi & tempohnya dh nak habis......
Agak2 dalam 80% siap dah........

 Memandangkan banyak benda2 nak di beli termasuk kitchen cabinet,deko2 bilik tidur,living room,kami membuat "surve" kat IKEA Damansara.Dah 2 hari berturut2 kami pergi ke sana.....dan ni kali 5 kami pergi ke Ikea.Ada yang berkenaan di hati.....memang naik gila betul dengan deko2 bilik tidut,bilik mandi,ruang tamu ....banyak lagilah......

 Tengok2 dulu mana yg berkenaan,bila dh cukup duit bolehlah angkut masuk troli...hehehe,tp cabinet kitchen nie mmg best kalau dpt....

En hubbyku ,tgh tengok2,belek2 ruangan kabinet dapur.....

Tempat rak2 periuk& sudu2 yang terdapat di dapur....

Kabinet dapur yang gantung ,salah satu idamanku....

 Adik & abang ,suka  pusing2kan kerusi bila duduk kat kerusi tu....

 Kalau dapat set2 kabinet nie kan best......boleh jugak diletakkan di bilik bacaan....memang sesuai sangat...taklah mahal mana pun....

 set pinggan mangkuk yang cantik...


Cik Fifi meneray kerusi kecik tu,seronok sangat bila dia dpt duduk kat situ.....


Ambik gambar dihadapan cermin besar....

Meluangkan masa bersama suami dan anak-anak melalui jalan2 sambil tengok2 barang di IKEA nie akan dijadikan kenangan dan akan dimemorikan didalam blog ini...utk tatapan anak2 bila mereka dewasa kelak.....anak2 teruja sangat bila sampai ke bahagian set bilik tidur kanak-kanak....



Tuesday, October 2, 2012

Penyakit Jantung

 PENYAKIT JANTUNG


Punca

  • Usia-Risiko tinggi selepas menopaus
  • Kolestrol berlebihan
  • Tekanan darah tinggi
  • Merokok
  • Gaya hidup di bawah tekanan tinggi
  • Lemak berlebihan.Ukuran lilit pinggang melebihi 80 cm meningkatkan risiko sakit jantung
  • Kurang bersenam
  • Kencing manis atau diabetes
  • Sejarah keluarga


 Tanda serangan

  • Sakit dada
  • Sesak nafas
  • Pening kepala
  • Jantung berdebar


Faktor
1.Asap rokok

  • Mempercepatkan pembekuan darah
  • Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah
  • Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung

2.Tekanan

  • Degup jantung dan tekanan darah akan meningkat jika seseorang itu mengalami tekanan perasaan
  • Kandungan lemak tinggi
  • Lebih tinggi kandungan lemak.lebih berbahaya.Makanan yang tinggi lemak termasuk mentega,minyak sapi dan daging

3.Kurang bersenam

  • Senaman penting untuk menguatkan jantung.Ia juga mampu memperbaiki pengaliran darah ke jantung

4.Darah Tinggi

  • Darah tinggi mengalakkan berlakunya penyempitan saluran darah.Jantung "terpaksa"mengepam lebih kuat untuk menyalurkan darah melalui saluran yang sempit.Lebih tinggi tekanan darah,lebih besar peluang diserang sakit jantung

5.Kencing manis

  • Pesakit kencing manis lebih tinggi peluang untuk mendapat serangan jantung


Faktor lain yang meningkatkan kemungkinan menghadapi penyakir jantung koronari:

  • Keturunan menghidap penyakit jantung
  • Berusia 35 tahun ke atas dan berat badan berlebihan 
  • Merokok
  • Gawal kawal tekanan darah
  • Hidap penyakit kencing manis
  • Tekanan
  • Kurang bersenam


Mengurangkan risiko sakit jantung

  • Berhenti merokok
  • Mengambil ubat dan mengawal pemakanan jika mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis
  • Kawal tekanan
  • Banyakkan memakan daging putih seperti ayam dan ikan serta jangan terlalu kerap memakan daging merah seperti daging lembu,kambing,kerbau dan yang sepertinya
  • Mula bersenam Gentian serat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian lemak atau kolestrol ,oleh itu pakar pemakanan mempercayai makanan bijirin dapat mengurangkan jumlah kolesrtol yang diserap badan.

Sumber:dipetik dari Harian Metro Ahad,30 September 2012


Indahnya duniaku

Suka duka kehidupan,tempat yang jatuh lagi dikenang inikan pula memori terindah dan kenangan manis,semanis wajah anak-anak yang menyinari setiap detik kehidupanku....:)