Tuesday, August 14, 2012

Jenuhnya menyimpul...huhuhu..

Selamat malam semua....mungkin di saat ini ada juga sahabat2 yg sudah tidur kerana keletihan berpuasa.....
Siang tadi menyimpul popia serunding kelapa nie,Ya Allah,bilalah nak sudah nie???....dlm hati ku berkata....
Akhirnya beginilah kejadiannya....Lega je bila dh sudahsiap  menyimpul ...s tersengguk2 jugaklah kepalaku tanda mengantuk tadi......gara2 nak cepat siap ku gagahkanlah jugak!...

Nie kuih raya ke 3 baru kubuat,1st kuih siput,2nd biskut semprit....dan lepas2 nie,main tunjuk jelah....dh dekat2 nak raya nie malas pulak nak buat lagi.....La nie sibuk shopping sakan baju2 raya anak2.....nasib baik duit raya dh tukar....

Thursday, August 2, 2012

Sepanjang jalan ke kedai....

Assalamualaikum dan selamat berpuasa........
Cuaca hari nie ,dari pagi tadi hinggalah sekarang jam 3.30pm agak mendung........nak kata hujan x delah pulak.......oklah bagi kita yang tengah berpuasa ini,tak terasa haus sangat.......

Lepas balik keje pagi tadi,sempat men"snap" pokok2 yang ada di sepanjang jalan nak ke kedai.......menghijau lagi daunnya....alangkah segarnya buah2 nya.......sejuk je mata memandang.....kehijauan...

Salah satunya pokok bendi yg terdapat di situ...,ada banyak jugak yang ditanam oleh pak cik 3 buah rumah dari rumahku yang sukakan tanaman hijau.....

 tengok tepi tu,pokok limau kasturi pun ada......rajin betul lah pak cik tu....demi menjaga kesuburan tanahnya,tiap2 petang dia akan menyiram dan menabur hampas kelapa.......


 Wah! tgk tu ada yang dh di cantas buah2nya utk dimasak.....yg nie ditepi surau....berdekatannya ada pokok pisang...tp snap pun...tulah kalau kita berbudi pada tanah,hasilnya pun memuaskan.......

 Pokok cermai pun ada....buah2nya pun lebat,pokoknya tinggi sampai ke bumbung....



haaa...yang nie siapa x kenal sila angkat kening yea....hikhik.....
nilah buah kedondong....eeeeee..masam..

Tuesday, July 31, 2012

Duit baru untuk raya...


Duit baru Malaysia ini telah pun diedarkan pada 16 Julai 2012.Cuma ku masih tidak berkesempatan untuk memilikinya pada masa itu,hanya sekadar pegang ,itupun duit orang je........

Semalam baru ku tukar duit baru ini untuk raya nanti....ku tukar duit RM1,RM5,RM10 dan RM20...so,sesiapa yang dapat duit raya dariku akan dapat yang baru-baru......eeerrrrrmmmm....iyeke,kot2 yg baru nie nak simpan dulu,bagi kat budak2 pun yang lama-lama ...hikhikhik....Kalau nak bagi pun,mesti kena tinggalkan sekeping dua untuk ku simpan sebagai kenangan....

Wah! bestnya dah dapat pegang duit baru.....Seronoknya.....sebelum nak bagi orang,baik ku rasmikan dulu,meh, ku ambil gambar duit baru nie dulu......macam-macam angle ada.....

You all dah tukar ke belum???...cepat2 yea,takut kehabisan nanti......lagi2 kalau yang RM1 tu.....memang laris.....macam pisang goreng!.....hahahah...

RM 1
muka depan dan belakang

RM 5
muka depan dan belakang

RM10
muka depan dan belakang

RM20
muka depan dan belakang










Nak main-main dengan duit baru nie,nanti kalau dah tak ada dah tak leh nak memain....cuma tinggal tunggu sampul duit raya je,tengoklah seminggu lagi mesti ada staf bank akan bagi,bukan sikit tau.....anggaran dalam 20 bungkus......(untuk 10 orang staf klinik tempat ku keje)...

*DUIT BARU MALAYSIA NIE MEMANG CANTIK,MEMANG ELOKLAH DIEDARKAN SEMPENA KEDATANGAN AIDILFITRI NANTI...BUDAK-BUDAK DAPAT JUGA RASA MEMEGANG DUIT BARU.....*

p/s tiap2 tahun diorang akan hantar sampul duit raya tu....kitaorang dah x yah nak beli...yang tahun2 lepas pun masih ada lagi.....

Sunday, July 29, 2012

Duit Raya untuk Peneroka FELDA


BERITA BAIK...
Baca Berita Harian Online tadi,ada berita yang menggembirakan untuk peneroka-peneroka FELDA.....
Alhamdullilah,setiap peneroka FELDA akan dapat duit raya RM400...Banyak jugak tu...bolehlah beli2 barang dapur kan....memang tiap-tiap tahun diorang nie dapat duit raya ...termasuk mak SDR....bcoz SDR adalah anak2 peneroka juga...

PM umum duit raya RM400 setiap peneroka FELDA

Cetak
SIK: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pemberian wang raya kepada semua 112,635 peneroka FELDA seluruh negara membabitkan jumlah peruntukan RM43.2 juta.

Perdana Menteri berkata, pengagihan duit raya itu akan dibuat kepada dua golongan membabitkan RM400 seorang bagi setiap peneroka FELDA dan RM200 seorang bagi peneroka yang bukan bersama FELDA. 
Sumber:BERITA HARIAN 29 JULAI 2012

Wednesday, July 25, 2012

Fadhilat Surah Al-Kautsar


Fadhilat Surah Al-Kautsar 

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah, bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

  • Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
  • Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
  • Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata.
  • Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10 kali, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
  • Jika membacanya 1,000 kali, rezeki kita akan bertambah.
  • Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  • Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


KREDIT:ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Indahnya duniaku

Suka duka kehidupan,tempat yang jatuh lagi dikenang inikan pula memori terindah dan kenangan manis,semanis wajah anak-anak yang menyinari setiap detik kehidupanku....:)