Wednesday, July 4, 2012

Cara mendidik anak semasa mengandung

Assalamualaikum......
sumber dipetik dari fb Ustaz Don.

Doa Qunut dan Terjemahannya

Assalamualaikum......
Hari ini nak share tentang doa qunut serta terjemahannya ......
Jom kita baca sama-sama.....

Sumber:Fb

Thursday, June 28, 2012

Soaljawab puasa

Assalamualaikum w.b.t.
Melalui pembacaan saya pagi tadi dari buku QA milik seorang kawan,ada yang tidak saya ketahui selama ini.Jika saya tak terbaca bab2 puasa ini,mungkin saya tidak akan dapat ilmu dari buku QA ini.Terdapat beberapa persoalan yang yang ingin saya kongsikan bersama.


Q:Adakah batal puasa orang yang buasir jika memasukkan usus yang terkeluar dari duburnya?
A:Tidak batal kerana ia adalah sebahagian daripada anggota badan.Perumpamaannya adalah seperti lidah yang keluar sewaktu ceramah,lalu masuk kembali ke dalam mulut.Ini kerana dia tidak memasukkan sesuatu yang luar ke dalam.Ia tidak lebih daripada menempatkan sesuatu ke tempat asalnya.
  Masalah yang berkaitan:Jika seseorang membuang air besar,sebahagian najis masih ada di tempat keluar najis,lalu masuk balik,maka ia membatalkan puasa.

Q:Ketika sedang sahur,azan subuh berkumandang dan ada air di dalam mulut,lalu kita menelannya.Apakah hukum puasa itu?
A:Batal puasanya.Masalah yang berkaitan juga adalah umpama orang sedang makan,azan berkumandang.Jika diamakan apa yang masih ada dalam mulutnya,maka batal puasanya.Sama juga dengan orang yang berjimak,tiba-tiba azan berkumandang.Jika suami dan isteri tidak terus menghentikan hubungan jimak itu,maka batal puasanya.

Q:Bolehkah mengorek hidung ketika berpuasa?
A:Mengorek hidung ketika berpuasa tidak membatalkan puasa kerana masih dalam rongga hidug seperti istinsyak(memasukkan air ke dalam hidung)selama mana tidak sampai ke had khaitsyum(pangkal hidung).
Publish Post
Sumber:Majalah QA

Selamat Hari Lahir Yaya

For My Dear Daughter! Free Son & Daughter eCards, Greetings from 123greetings.com

Assalamualaikum. w.b.t.
Tanggal 29 Jun 2008 adalah tarikh kelahiran puteri perempuanku Nurul Hidayah.Dan hari ini dah genap usianya menjangkau ke 4 tahun.Tahun depan dah nak masuk tadika.....Dah besar dah anak mama.
Mama ucapkan "Selamat hari lahir " semoga menjadi anak yang solehah  dan berjaya dunia akhirat serta apabila besar kelak  akan senantiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibubapanya.
Alhamdullilah,syukur ....pejam celik pejam celik tahun depan Yaya dah mula bersekolah tadika.Suka benor tengok keletahnya ,kalau dulu2 Yaya x banyak buat ragam,tapi sekarang nie Yaya kuat menangis..sikit2 nangis,asal dikacau sikit pun nangis,lagi2 adiknya yang suka mengacaunya........

Wednesday, June 20, 2012

Zikir Harian


Marilah kita sama-sama mencari keredhaan Allah dengan berzikir kepada-Nya.Apa salahnya jika kita amalkannya selalu daripada kita beromongan kosong yang tidak berfaedah. dan  membawa keburukan.
Jom kita latih lidah kita supaya menyebutnya  1 hari 1 ayat.,tak susah kan!......Insyaallah lama kelamaan akan jadi kebiasaan pada diri kita....Saya pun baru nak mula amalkan dalam kehidupan seharian saya.Tu sebab saya cnp daripada fb kawan-kawan ke sini,senang nanti kalau nak tgk-tgk balik,tak yah lagi nak google2......

Indahnya duniaku

Suka duka kehidupan,tempat yang jatuh lagi dikenang inikan pula memori terindah dan kenangan manis,semanis wajah anak-anak yang menyinari setiap detik kehidupanku....:)