Assalamualaikum.....
Sebulan dari sekarang nanti genaplah umur anakku Nurul Hidayah 4 tahun.Ada kisah disebalik namanya,kerana namanya telah diberi oleh arwah abah sebelum arwah meninggalkan kami selama-lamanya.
Al kisahnya,3 hari selepas aku bersalin dan ketika itu aku sudah berada di rumah.Kebiasaannya,selepas saja aku bersalin,esoknya aku telah dibenarkan keluar dari wad.Memang tak lama pun duduk kat wad.Semuanya ok,baby dan ibu sihat& tak ada masalah .
Seminggu lebih.. |
Nak masuk 2 minggu... |
Selama 4 hari3 malam arwah abah,emak dan adik2ku,berada dirumahku.Sebelum pemergian arwah abah mmg tidak ada tanda2 yang pelik berlaku dan yang pasti sebelum ini yang tanam uri anak2ku seramai 5 orang adalah arwah abah cuma yg ke 6 ni suami pun "take over".Selain itu tentang wasiat pula,sebulan sebelum pemergiannya,arwah ada berbicara ttg wasiat kepadaku, emak dan adik-beradik.Tak ke pelik ?mmg kami semua pelik ,kenapalah arwah menanyakan tentang wasiat dan segala hutangnya,macam dia sendiri tau yang dia nak pergi jauh.
Lepas 4 hari 3 malam berlalu,diorang pun pulang ke kampung.Sebelum pulang,kawan arwah sempat menelefon arwah supaya menggantikan tempat keje kawannya itu.Arwah yang jenis suka menolong orang,tidak menolak perlawaan lantas menerima perlawaannya itu.
Sampai di Segamat lebih kurang maghrib,sempat lagi makan2 dan katanya arwah termenung sendirian,cuma arwah membungkus saja makanannya.Arwah memang tak sempat nak balik rumah terus.Emak mennghantar arwah abah pergi ke tempat kerja di Hospital Segamat.Kebiasaannya,waktu2 inilah arwah masuk kerja(keje guard je).
Keratan Harian Metro Julai 2008... |
Di Hospital Sultanah Aminah JB,arwah ditempatkan di ICU,kerana ada pendarahan beku dalam otaknya.Aku yang di sini menanti penuh dengan debaran dan perasaan cemas.Dalam hati,banyak berdoa supaya Allah menyelamatkannya.Aku dengar saja pendarahan dalam otak,.......dah mula fikir yang bukan2........Dalam keadaan masa berpantang ,aku sering menangis kesedihan mengenangkan nasib arwah abah yang kesakitan.Ingin juga aku merasai kesakitannya itu.....
Seminggu masa berpantang dan sehari arwah ditempatkan ke ICU,aku,suami dan anak2 terus bersiap2 untuk pergi ke sana,menjenguk arwah abah,emak dan adik2 yang lain sudah pun berada di sana awal sehari daripadaku.Kami tiba di hospital itu lewat petang kerana di sini juga sibuk menguruskan apa2 yang patut dulu.Kami pergi sekali dengan ibu suamiku.Kami terus ke ICU,tetapi ada halangan sebelum sampai ke tingkat ICU itu.Kami ditegahdan diherdik oleh seorang pengawal keselamatan perempuan tua.Pengawal itu tidak membenarkan kami melawat,dia menyuruh kami turun dengan suara yang garang,kuat....yang pasti tak dok budi bahasa....Jantungku tersentap seketika dengan tingkahlaku dan budi bahasa pengawal perempuan tua itu...Aku yang sambil mengendong bayiku ,menyumpah2 tak puashati dengan tindakan pengawal perempuan tua itu.Aku memang terasa sangat geram.Aku juga kasihan dengan ibu mertuaku yang diherdik bagai dengan pengawal itu.
Kami turun setingkat lagi,dan di situ kami jumpa emak yang kelesuan,letih(tak lalu nak makan)...menggambarkan kesedihan di dalam hatinya,kelihatan mata kemerahan2 ,mungkin kurang tidur @baru lepas menitiskan airmataAku dapat rasakan kesedihan yang emak rasai.Adik2 yang lain pun turut berada di situ,abang dengan isterinya di penjuru sana,adik lelaki di sebelah emak menemaninya dan yang lain2 tu duduk berkumpul serta saudara mara juga turut kelihatan. Mereka juga turut ingin berkongsi kesedihan dengan kami.Saudara mara yang dekat2 sudah diberitahu.
Aku masuk ke ruangan ICU yang menempatkan arwah di situ.Aku masuk ditemani oleh adik perempuanku,Noli.Aku sempat melihat arwah sekali saja di ICU,itupun dah bukan macam rupa arwah,pipi dan matanya dah kembang,membengkak,kelopak atas matanya kelihatan kebiru-biruan,sebahagian tempurung kepalanya sudah ditebuk,aku memegang tangan arwah,menyentuh badannya dan kepalanya yang lembik dan sudah dibaluti kain,badan arwah sejuk dan nampak agak pucat.,arwah terbaring di katil penuh dengan cucuk sana ,cucuk sini,hanya dengan alat bantuan pernafasan dengupan jantung masih kelihatan.Aku sugul dan sebak bila berada di sisi arwah.Aku tak boleh lama2 di situ ,kerana masih ada lagi orang2 yang ingin melihat keadaannya.
Dalam pada kesibukan.keresahan,itu aku dan adik2 yang lain telah dipelawa oleh sepupuku supaya bermalam di rumahnya,Mungkin kasihan melihatku dengan bayiku yang baru seminggu dilahirkan.Aku dan suami serta adik yang yang menerima perlawan itu.Walaupun pada awalnya,kami berat untuk menerima,fikir2 kami nak mencari rumah tumpangan saja...last2 kami mengalah.Maybe,bila ada berita2 terkini nanti kami senang nak tengok.Ruamhnya pun tak jauh sangat.
Di rumah sepupu, kami duduk semalam saja,esok pagi kami dapat perkhabaran yang mengatakan arwah abah dah tiada,arwah dah pergi buat selama-lamanya.Arwah sempat melihat bayiku 3 hari saja sebelum kejadian itu.Aku sebak dan ketika itu airmataku jatuh mengalir dan membasahi pipiku yang gebus mulus ini.Sambil menetekkan bayiku,airmata ini terus mengalir dan mengalir .........
Inilah dia NURUL HIDAYAH... |
Nantikan sambungannya..........