Tuesday, July 31, 2012

Duit baru untuk raya...


Duit baru Malaysia ini telah pun diedarkan pada 16 Julai 2012.Cuma ku masih tidak berkesempatan untuk memilikinya pada masa itu,hanya sekadar pegang ,itupun duit orang je........

Semalam baru ku tukar duit baru ini untuk raya nanti....ku tukar duit RM1,RM5,RM10 dan RM20...so,sesiapa yang dapat duit raya dariku akan dapat yang baru-baru......eeerrrrrmmmm....iyeke,kot2 yg baru nie nak simpan dulu,bagi kat budak2 pun yang lama-lama ...hikhikhik....Kalau nak bagi pun,mesti kena tinggalkan sekeping dua untuk ku simpan sebagai kenangan....

Wah! bestnya dah dapat pegang duit baru.....Seronoknya.....sebelum nak bagi orang,baik ku rasmikan dulu,meh, ku ambil gambar duit baru nie dulu......macam-macam angle ada.....

You all dah tukar ke belum???...cepat2 yea,takut kehabisan nanti......lagi2 kalau yang RM1 tu.....memang laris.....macam pisang goreng!.....hahahah...

RM 1
muka depan dan belakang

RM 5
muka depan dan belakang

RM10
muka depan dan belakang

RM20
muka depan dan belakang










Nak main-main dengan duit baru nie,nanti kalau dah tak ada dah tak leh nak memain....cuma tinggal tunggu sampul duit raya je,tengoklah seminggu lagi mesti ada staf bank akan bagi,bukan sikit tau.....anggaran dalam 20 bungkus......(untuk 10 orang staf klinik tempat ku keje)...

*DUIT BARU MALAYSIA NIE MEMANG CANTIK,MEMANG ELOKLAH DIEDARKAN SEMPENA KEDATANGAN AIDILFITRI NANTI...BUDAK-BUDAK DAPAT JUGA RASA MEMEGANG DUIT BARU.....*

p/s tiap2 tahun diorang akan hantar sampul duit raya tu....kitaorang dah x yah nak beli...yang tahun2 lepas pun masih ada lagi.....

Sunday, July 29, 2012

Duit Raya untuk Peneroka FELDA


BERITA BAIK...
Baca Berita Harian Online tadi,ada berita yang menggembirakan untuk peneroka-peneroka FELDA.....
Alhamdullilah,setiap peneroka FELDA akan dapat duit raya RM400...Banyak jugak tu...bolehlah beli2 barang dapur kan....memang tiap-tiap tahun diorang nie dapat duit raya ...termasuk mak SDR....bcoz SDR adalah anak2 peneroka juga...

PM umum duit raya RM400 setiap peneroka FELDA

Cetak
SIK: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pemberian wang raya kepada semua 112,635 peneroka FELDA seluruh negara membabitkan jumlah peruntukan RM43.2 juta.

Perdana Menteri berkata, pengagihan duit raya itu akan dibuat kepada dua golongan membabitkan RM400 seorang bagi setiap peneroka FELDA dan RM200 seorang bagi peneroka yang bukan bersama FELDA. 
Sumber:BERITA HARIAN 29 JULAI 2012

Wednesday, July 25, 2012

Fadhilat Surah Al-Kautsar


Fadhilat Surah Al-Kautsar 

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah, bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

  • Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
  • Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
  • Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata.
  • Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10 kali, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
  • Jika membacanya 1,000 kali, rezeki kita akan bertambah.
  • Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  • Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


KREDIT:ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Saturday, July 21, 2012

2A akan menduduki UPSR-Asma' & Azwa.

>barisan tengah baju purple,tiga dan empat dari depan<ASMA & AZWA>

Inilah barisan pelajar2 tahun 6 ,SK Jln 6 Bandar Baru Bangi yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun 2012.Minggu depan dah mula start untuk peperiksaan percubaan UPSR...
dari 24 Julai 2012 hingga 26 Julai 2012.

Semoga anak2ku dapat menjawapnya dengan hati yang tenang dan terbuka.....Insyaallah,amin.
Terima kasih tak terhingga kepada guru kelas 6 Arif,Cikgu Suwaibahtulaslamiah dan guru2 tahun 6,yang bertungkus lumus tanpa mengira penat lelah mengadakan Asrama Mini  untuk pelajar-pelajarnya minggu yang lepas....Semasa asrama mini itu dijalankan,banyak latih tubi yang telah dibuat oleh pelajar-pelajarnya.......Salah satu dorongan dan sokongan daripada guru-guru tahun 6 untuk menyediakan persiapan sebelum peperiksaan sebenar UPSR.Selain dorongan daripada guru,ibubapa pun wajib memantau pembelajaran anak-anak di rumah......


SELAWAT NABI S.A.W – Doa terang hati
Dibaca 11 kali dikala hendak ke kelas.



(Nasihat dari Allahyarham Habib Muhammad Bin Saleem Al Atas dan
Allahyarham Syed Abdullah Assogoff)

 SELAWAT NABI S.A.W. – Doa terang hati

doaterang hati2

“Ya Allah restulah dan sejahterakanlah junjugan kami Muhammad hambaMu dan pesuruhMu yang ummi dan di atas keluarga dan sahabat Baginda semuanya.”

(Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat)
Kredit:Persatuan Mahasiswa Islam

Tuesday, July 10, 2012

4 tahun sudah pemergiannya.....Al-Fatihah

Assalamualaikum dan selamat malam semua......
Esok 9 Julai 2012 ,genap 4 tahun sudah pemergian arwah abah....ketika itu aku masih lagi dalam keadaan berpantang,baru seminggu melahirkan zuriat kami yang ke 6.Ibu dan adik2 serta arwah pulang pd maghrib tu kerana arwah kena masuk kerja...Katanya dalam masa pulang tu arwah banyak termenung.Pulangnya pun tak pulang terus ke rumah.Arwah dihantar terus ke tempat kerja pada malam tu juga ....Tiba2 aku didatangi panggilan telefon jam 2.00pagi,mengatakan arwah telah dipukul....pada fikiranku mungkin tak seteruk mana........tapi sebaliknya.....
Belum sempatku membalas jasanya,arwah telah pergi buat selama-lamanya
kesian mak....

Friday, July 6, 2012

Floria Putrajaya 2012

flower
Festival Bunga & Taman Putrajaya 2012
Tarikh: 30 Jun - 8 Julai 2012 
Tempat: Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya
Tema: Bunga Kertas - Tetap Menawan

Masa Festival: 
9.00 pg - 10.00 ptg (Isnin - Khamis)
9.00 pg - 12.00 tgh mlm (Jumaat - Ahad)



Assalamualaikum.........
Ni kali ke 3 me & anak2 serta en suami pergi ke Floria Putrajaya.Floria Putrajaya ni berlangsung dari 30 Jun 2012 dan dijangka akan berakhir pada 8 Julai 2012.Tahun ni temanya adalah "Bunga Kertas-Tetap Menawan.Bukan setakat bunga kertas sahaja yang menghiasi laman Floria ini,malah bunga-bunga lain seperti bunga ros,bunga orkid dsb turut juga mewarnai laman Presint 2 Putrajaya ini.

Kami decide nak pergi petang sikit kerana cuaca agak panas.......Pagi tu en suami pergi dulu kerana dia nak ambik bahagian dalam pertandingan fotografi.Pendaftarannya seawal jam 7.00 pagi.Dalam time2 tu ,me baru je balik dari kerja.So,nak kena rest dulu ......@tido2 dulu......
Dalam tengahari hari tu en suami balik rumah kejap....Buat research sikit yang mana gambar patut di submit....Insyaallah kalau ada rezeki...menang.Kami bertolak dari rumah jam 3.00 petang,tak jauh sangat Putrajaya dengan rumah.Lebih kurang 15-20 minit sampailah......
Cik Fifi lah yang paling seronok sangat.Tak mahu dikendong@dukung.bila nak angkat je,megeliat sana mahu diturunkan ke bawah,mahu jalan sendirilah mama....Risau mama dibuatnya.....orang jalan2 tak pandang bawah,tu yg nyaris2 nak kena langgar tu.......berjalan,berlari x ingat mama dah......sampaikan mama pun terpaksa berkejar ke arahnya untuk mengikuti setiap langkah kaki kecilnya itu........
Suka bunga agaknya Cik Fifi nie,tengok tu....dia nak petik......
Tangannya sempat lagi memegang bunga......
Cik Yaya nie pun suka bila dapat pergi Floria nie.....bergambar pun suka jugak.....
Tengok tu.....senyum sampai ketap gigi.....
Nilah dia permata hatiku.....
Bentuk ikan dari beberapa gabungan bunga.........
Bentuk penyu,cantik sangat....tengok tu matanya....stim je.....

Wawa & Yaya....



Alhamdullilah..cuaca petang tu  tak panas sangat ...bila dah keluar dari tempat beraircond tu,hujan renyai2 pulak membasahi bumi dan setiap pokok2 bunga serta sekitarnya...........



Bagi saya,Floria kali nie,kurang menarik sikit kerana tak banyak bunga yang cantik2.....,kalau sebelum2- nie....ada banyak bunga2 orkid & bunga ros yang berwarna-warni....banyak betul......kali nie bunga kertas,tak cantik sangat.....
Tapi tak apalah,datang pun sekadar nak bawak anak2 jalan.....bila anak2 suka ,kita pun jadi seronok....





tengoklah tu anak mama kehausan sangat....minum sorang je,itupun sempat lagi berebut dengan kakaknya.....


model boboi boy........nak ambik gambar pun terpaksa berebut2........


Wawa dapat jugak ambik gambar dengan Yaya...
penat berjalan,bersantai kejap....





Ha,...ni pulak Cik Fifi...dah dapat kawan baru dah......memula tu dekat2......

Laman2 ini telah dihiaskan oleh beberapa buah sekolah yang mengambil bahagian.........


Sekitar tepian persisiran Presint 2......

Keadaan dah agak gelap sedikit,bila malam menjelma.....tapi masih lagi diterangi dengan lampu2 neon yang berwarna-warni.....



























Indahnya duniaku

Suka duka kehidupan,tempat yang jatuh lagi dikenang inikan pula memori terindah dan kenangan manis,semanis wajah anak-anak yang menyinari setiap detik kehidupanku....:)