Thursday, October 24, 2013

SENYUM KEPADA ANAK BERPAHALA

Artikel akhbar ini saya salinkan semula untuk perkongsian semua pembaca blog ini.Berikan senyuman kepada anak-anak sebagai tanda kita sayangkannya,bukan hanya peluk cium saja..malah dengan senyuman juga dapat melahirkan perasaan dikasihi antara satu sama lain...mudah-mudahan ia dapat memberikan kehidupan kekeluargaan yang penuh dengan kasih sayang dan dirahmati selalu.


SUMBER:UTUSAN MALAYSIA ,SELASA 22 OKTOBER 2013
oleh:Umar Muhammad Noor

IBU BAPA YANG GAGAL MELAKSANAKAN HAK ANAK-ANAK DIKIRA BERDOSA

Rasa sayang kepada kanak-kanak adalah fitrah semula jadi manusia.Orang yang tidak beragama sekalipun menyayangi anaknya.bahkan haiwan yang tidak berakal pun sangat sayang kepada anak dan selalu bersiap sedia melindunginya.

Islam ialah agama fitrah.Maknanya,ajaran-ajaran Islam sejalan dengan fitrah  manusia yang cinta dan kasih kepada kanak-kanak.Justeru itu,Islam mewajibkan ibu bapa bukan hanya menyediakan nafkah zahir bagi anak-anak,tetapi juga mewajibkan kedua-duanya mencurahkan perhatian dan kasih sayang kepada mereka.

Perlakuan kita kepada anak-anak menandakan darjat iman kita.Ketinggian iman selalu beriringan dengan sikap lembut  kepada anak-anak kecil.Dan kerendahan iman selalu ditunjukkan dengan sikap keras dan kasar kepada anak-anak.
Satu hari Rasulullah mencium cucunya yang bernama Hasan bin Ali.Melihat perkaluan ini,Aqra bin Habis berkata,"Saya memiliki 10 orang anak,namun aku tidaj pernah mencium seorang pun daripada mereka".

Rasullulah memandang wajah orang ini.Lalu baginda bersabda: "Siapa yang tidak menyayangi,maka ia tidak akan disayangi".(riwayat Al Bukhari dan Muslim)


ISTIMEWA

Anak-anak mendapat tempat istimewa dalam Islam.Mereka wajib dilayan dengan baik,didengar keluhan mereka dan dipenuhi keperluannya.Setiap ibu bapa yang gagal melakukan tugasan ini dikira berdosa.
Rasulullah bersabda:"Cukuplah satu dosa apabila kita mengabaikan orang yang menjadi tanggungan kita".(riwayat al Bukhari)

Pada saat yang sama,Islam tidak menyukai kekerasan hati.Islam membenci manusia-manusia yang ramah apabila di pejabat,namun bersikap dingin kepada anak dan isterinya di rumah.

Allah SWT tidak menyukai kaki pukul walaupun ia selalu hadir dalam solat berjemaah dan sentiasa melakukan puasa sunat.

Pernah satu ketika Rasulullah menjadi iman dalam satu solat berjemaah.Apabila beliau sujud,beliau tidak mengangkat kepalanya dalam masa yang cukup lama.Selepas solat,para sahabat bertanya:"Wahai Rasulullah,mengapa tuan memanjangkan sujud?Adakah wahyu telah diturunkan kepada tuan?"
Rasulullah menjawab:"Tidak.Akan tetapi cucuku menaiki bahuku apabila aku tengah sujud.Aku membiarkannya bermain-main hingga ia puas".(riwayat al-Nisa'i)


HAK MEREKA

Dalam konteks moden di mana kedua-dua ibu bapa bekerja di luar,mereka mesti pandai mengatur suasana hatinya.Mereka kerungsingan dalam pekerjaan dan ini tidak boleh mempengaruhi perilakunya apabila berinteraksi dengan anak-anak di rumah.

Sepenat mana pun bekerja,kita mesti meluangkan masa untuk mereka bermanja.Sebab bermanja dan perhatian ialah salah satu hak mereka yang wajib dipenuhi ibu bapa.Sekali lagi,ibu bapa bukan hanya wajib memberi nafkah zahir,namun juga nafkah batin.

Teladanilah sikap para sahabat Nabi yang bernama Zaid bin Thabit.Al-Zahabi menceritakan bahawa tokoh sahabat ini sangat berwibawa apabila berada di tengah masyarakat.Namun sangat kelakar apabila bersama keluarganya.Justeru ,senyumlah kepada anak sebab ia berpahala.

# Lepas baca,jom kita amalkannya selalu...mudah-mudahan anak yang kita senyum selalu  ini akan senyum selalu dengan kita apabila kita tua nanti.#:)

Indahnya duniaku

Suka duka kehidupan,tempat yang jatuh lagi dikenang inikan pula memori terindah dan kenangan manis,semanis wajah anak-anak yang menyinari setiap detik kehidupanku....:)